Miss'ing
Aku tidak tahu perasaan apa yang sedang aku rasa kalini.
Sejujurnya, aku rasakan aku rindu tapi aku tahu, rindu itu bukan sudah pada yang hak.
Kerana dia sudah tiada.
--
Dia yang dulunya aku ingat. yang masih kekal dalam ingat biar tidak sejelas dulu.
yang aku yakin kami boleh menjadi rakan yang senang untuk diajak berbual dan bertukar pendapat juga pandangan. Juga sebagai rakan yang selalu bergaduh dalam apa jenis hal.
Mungkin ini hikmah yang Allah mahu tunjukkan kepada aku. Untuk kembali meneruskan perjalanan. Usah lagi berdiri di jalan yang sudah mati, yang tiada jalan seterusnya. Kaki ini perlu melangkah pergi, agar boleh diteruskan hidup seperti biasa.
Aku mungkin hidup, tetapi ternyata, kenangan lalu masih tetap segar dalam ingatan. Seperti saja baru semalam berlalu.
Benar, aku rindukan dia dan benar juga bahawa dia yang dulu telah tiada.
--
Masa benar-benar merubah seseorang menjadi yang lainnya.
Semoga juga, perasaan ini hilang seperti tidak pernah wujud. kerana hidup dalam memori yang penuh dengan rasa ralat itu pedih.
-
Ternyata, diri ini masih merindukan diri dia yang telah lama hilang hampir sedekad yang lalu.
Semoga takdir menemukanmu dengan yang sebaiknya.
-
fin

Comments
Post a Comment