10 hari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

--

Assalamualaikum semua. Harini, aku ada cerita yang nak dikongsikan. 

--

Aku sedang bekerja dan ini adalah kali pertama dalam seumur hidup aku, aku bekerja. Walaupun sebelum ni adalah buat kerja sampingan, tapi hanya untuk tiga hari, (bila diperlukan sahaja). 

Jadi cerita dia macam ni, sebelum ni, aku mengajar sepupu kecil aku, sepanjang mereka ber'pdpr di rumah. Dan bila kerajaan dah umumkan yang sekolah akan dibuka kembali, secara tak langsungnya, khidmat aku dah tak diperlukan. Dan nak jadi rezeki, kawan aku ada cadangkan aku untuk bekerja ditempat dia sedang bekerja sekarang. And the rest is history. 

Sejujurnya, untuk selama sepuluh hari dah aku bekerja, banyak sangat benda yang aku belajar. Dan hampir setiap hari aku balik rumah, terus meluahkan semua yang aku rasa sepanjang aku kerja dekat Ibu. Oh Allah, blessed her soul. 

Sebelum buat keputusan nak kerja, aku tak kisah sangat pun pasal gaji ke apa, yang aku kisahkan adalah pengalaman yang akan aku rasai sepanjang tempoh aku bekerja. Ohya, aku tak bagi tahu lagikan aku kerja apa ?

Aku kerja sebagai cashier. Yang duduk dekat mesin duit tu, tukang scan barang, masukkan barang dalam plastik, kirakan jumlah duit baki apa semua. Ya, itulah kerja aku dan percayalah, it is not about the money, but the moment and the things that you learned through the process. Percaya tak dulu aku teringin gila nak kerja as cashier ? trust me , I really really love being a cashier, aside from rasa kalut nak scan barang, tiba-tiba pulak barcode tak boleh nak baca, adoi. hahaha. but, it is fun. Alhamdulillah. 

--

Bila kita dah memang niatkan diri untuk belajar, percayalah, even yang ajar tu lagi muda usianya dari kita, kita akan tetap berlapang dada dalam semua hal. Semua rakan sekerja aku, semuanya lagi muda dari aku tau. Boleh kata, semua tu junior masa sekolah menengah dululah. Tapi betul la, bila aku sebagai orang baru yang kerja kat situ, terus rasa macam budak-budak balik tau. Tapi seronok sangat sebab kita boleh belajar cara nak komunikasi dengan mereka. Cara dewasa, cara matang. 

Wallahi, kalau nak cakap pasal hikmah Allah untuk kalini, banyak tak terkira. Dan hikmah yang paling terkesan la bilamana rasa bersyukur dan kasih kepada Ibu Ayah tu sampai rasa macam nak nangis kat situ jugak. Dia macam, kita mungkin tak nampak benda tu sebab kita pernah dalam situasi tu, dan bilamana kita berada diluar bingkai kisah mereka, kita akan nampak dengan sendirinya. Dia macam, sama ada sebab aku makin tua, atau aku memang jenis suka nak fikir jauh-jauh. 

--

Aku ingat aku dah mahir nak kawal perasaan aku, nak cuba bersangka baik dengan orang tapi, aku salah. Yang aku sangkakan itu ternyata salah dan bila fikir-fikir balik, betul la, aku memang salah. Masih terlalu awal untuk aku salah faham atas orang. Sedang aku sendiri tak kenal orang tu dan bila aku sedar, rasa malu sangat sebab diri ni yakin sangat. 

"Dia bukan tak suka kau, dia cuma tak percaya kau dan satu-satunya cara untuk buat dia percaya kau adalah dengan buktikan yang kau boleh buat kerja tu dengan baik." 

"Kalau kau sendiri cakap yang diri kau ada trust issue, apatahlagi orang lain. Jadi jangan nak marah kalau orang ada trust issue dengan kau. Buktikan dekat dia yang kau boleh dipercayai."

Dan betul la, bila kau dah usaha sungguh nak tunjuk kata yang kau boleh buat, dia secara langsung akan percaya kau. Dan percaya tak, dia jugak orang yang akan datang untuk bantu kau bila kau dalam masalah. 


--

Buat salah itu biasa dan sebenarnya, dengan kita buat salah tulah kita akan belajar. Jauh lebih berharga daripada ilmu yang kau hanya dengar dan cuba untuk faham. 

Cuba untuk tanamkan konsep, tak ada orang yang tak buat salah dan daripada kesalahan yang kita buat tulah kita akan belajar. Dan ilmu tu, akan jauh lebih tersemat dalam otak. Percayalah. 

--

Untuk kali ini, aku bahagia. Dengan apa yang aku buat, dengan apa yang aku rasa. 

fin. 

Comments

Popular Posts