STICK AND BALL

Bismillah 


untuk kali ini, penulisan lebih kepada bentuk penceritaan. khususnya nak sambung balik kisah daripada "Imbas Kembali" yang mana dalam penulisan itu, aku lebih kepada nak imbas balik apa yang jadi sewaktu zaman sekolah menengah dan ya. penulisan kali ini adalah dalam bentuk naratif yang aku nak abadikan dalam blog ini. 

p/s : dan penulisan kali ini khususnya untuk kalian team Saban Hoki yang aku sangat sayang dan kasih <3  --

2012



Pada masa ini, kelas 2 Addin 1 penuh dengan kaum muslimat sahaja. bayangkan kelas kami hanya ada 4 orang saja muslimin. kira memang sah-sah lah kami yang tawan kelas tu. kisah ini bermula dengan revolusi pencarian sijil bagi memenuhi markah koko kami. disebabkan kami adalah boleh dikatakan kelas hadapan, makanya, kami perlu pastikan markah koko kami paling teruk pun dalam lingkungan A- gitu. kalau tak, memang rosak lah rekod nanti.

kelas kami ada jugak yang atlet, tapi kalau aku ni, memang tidaklah. lari pun benda yang paling kurang disukai, mana nak mahu bersukan, kena pulak dengan fizikal yang rendah begini, memang tidaklah.

tapi, ada satu hari tu, Cikgu I datang kelas kami. dan ajak kami untuk turun ke padang petang tu untuk permainan hoki. masa tu, aku secara tak rasminya jadi tukang ajak rakan-rakan yang lain untuk turun petang tu kita main hoki. p/s : aku tak pernah langsung-langsung pun main hoki, but then, atas dasar revolusi pencarian sijil dan markah tu, aku ajakkan jugak rakan-rakan yang lain untuk turun jugak petang tu. 

dan hasilnya, dalam 30 orang jugak la yang turun petang tu. memang masa tu Mr. J pun terkejut jugak bilangan seramai tu boleh datang untuk main hoki. namun, bila mana terlalu ramai, kami buat latihan stamina ja. kena lari pusing padang la, pass-pass bola hoki la, berlari dalam bentuk square la. senang cakap, memang berlari la petang tu. 

kesan daripada tu, esoknya, daripada 30, terus tinggal 15 orang yang turun. betul la, nak cari orang yang betul-betul hendak tu susah. dan aku pula, prinsip aku, once I started it, I will finished it . aku dah mula benda ni, aku akan pastikan aku habiskan jugak. lebih kurang macam tu lah. even B pun aku paksa turun sebab sayang member. even dia cakap dia taknak, I still ajak jugak. biarlah dia jadi assistant Mr. J pun. dan itulah jawatan paling ampuh untuk B. untuk A, E, Y, D memang paksa teruk la untuk keep on turun and on track. 

dan alhamdulilah. it is not that bad. dan pada akhirnya, kami enjoy main. lebih dari enjoy belajar. haha. 
dia seronok sangat bila ada teammates ni. rasa dia padu betul lah. dan aku yakin dan pasti jugak, semua game yang libatkan satu pasukan ni, memang feeling dia lain macam betul. sayang dan kasih tu ada. memang bonding teruk la. wallahi.

kami training tak lama, lepas tu terus masuk padang untuk first game dalam hidup. dan hasilnya, mestilah kena gulai semua. haha. semua amatur kot masa tu. yang elok sikit sebab ada beberapa senpai yang ajar dan jaga. kalau tak, lagi teruk la kami semua jadi lauk masa tu. dan, benda paling epik sekali, biarpun kalah harini, esok petangnya kami still turun. 

kenapa ?

sebab kami nak pastikan yang kami takkan kalah dah untuk tahun depan. 

sungguh la masa tu. kami practice hari-hari. even hari minggu pun kami tetap turun. hujan ke panas ke, tetap ada. kasut sukan tu dah haus tahap apa dah. bertukar-tukar kasut. 
---

2013

tahun ni, kami dah bukan amatur dah. kami dah prepared. sangat-sangat. dan target kami bukan third ke second, tapi Johan. kami nak johan untuk tahun ni. besarkan angan-angan kami masa tu. kami bina plan cantik. kami analisis setiap player dari team yang akan kami hadap. setiap sekolah tu kami cari maklumat. and all. we literally macam nak pergi berperang dah gaya. tapi mungkin sebab sayangkan hoki, kasihkan sahabat, mungkin. segalanya mungkin untuk kami yang dalam usia muda remaja ini. 

Tahun ni game hoki yang paling epik la boleh cakap. We fight macam orang gilak. dengan semua issues yang timbul. dengan masalah hati yang menjadi bisa, dengan rakan pasukan yang gigih berjuang. we fight. we struggle. nampak dengan nyata yang kami nak menang.
sangat-sangat bersyukur bilamana kami dianugerahkan dengan jurulatih yang sangat-sangat memahami. yang bangkitkan emosi dan semangat kami, yang tahu kami luar dan dalam, yang kekal tenang sebab dia arif betapa gugup dan gementarnya kami apabila berdiri di atas padang. wallahi, *even sekarang aku menulis, masih jelas dalam ingatan semua kenangan itu. perasaan yang terasa ketika itu, wajah-wajah kalian sahabat yang berjuang bersama-sama, wajah penyokong yang tak pernah henti bersorak. wallahi, aku rindu. tersaangat rindu. *

bermula dengan perlawanan pertama. kami berjumpa dengan sekolah yang pernah kalahkan kami. sekolah satu daerah dengan kami, sekolah yang mempunyai ego dan keinginan yang sama dengan kami. smkph. keduanya memang jelas hendakkan kemenangan yang nyata. seri bukan pilihan, kalah juga bukan. keduanya hendakkan menang. dan wisel pun berbunyi tanda mula perlawanan. 

sungguhlah, memang gaya berperang la kami ketika itu. keduanya taknak mengaku kalah. pantang kami. pantang mereka. ketika kami masukkan goal, mereka juga usaha masukkan satu. sehinggalah wisel terakhir tanda tamat permainan , kami bersorak menang. tanda kemenangan pihak kami untuk permainan pertama. dan setelah itu, Mr.J cepat-cepat sedarkan kami untuk stay on focus sebab itu baru perlawanan pertama. kami ada 2 lagi perlawanan sebelum xy, iaitu semi final. 

untuk perlawanan kedua, kami berjumpa dengan mrsmph. pada hemat kami. mereka sangat bijak dalam mengatur stategi. dan kami tahu mereka mempunyai barisan pemain yang hebat. kami berlawan dengan tenang dan semangat. dan untuk permainan kedua kami menang. 

untuk perlawanan ketiga. smkg. kami tak pernah pandang rendah terhadap pihak lawan kami. sejujurnya, kami tetap takut. takut dengan setiap sekolah yang bakal kami hadap. sebab kami sedar, kami masih baru, masih juga amatur. tak cukup setahun pun pegang kayu hoki, pengalaman yang ada juga tidak banyak dibanding dengan mereka-mereka yang dah pegang kayu hoki sejak sekolah rendah lagi. tapi satu yang kami pasti, kami ada antara kami. pasukan hoki yang aku kasih dan sayang. sehingga kini.

kami menang juga dalam perlawanan tersebut. dan kami menjadi johon dalam kumpulan A. setelah tu sesi xy yang mana kami akan bertemu dengan naib johan bagi kumpulan B. dan sekolah yang kami akan hadap adalah smsis. sekolah ini mempunyai barisan pemain yang tinggi stamina. sizing mereka juga berganda dari kami yang kecil dan rendah ini. dan tempat perlawanan yang sebelum ini di padang sekolah kami, bertukar ke padang sekolah lain. dan hal ini menjadikan kami agak runsing kerana ini merupakan kali pertama kami bermain di kawasan yang lain. sedangkan bagi pihak lawan, mereka sudah arif dengan keadaan padang tersebut. tambahan lagi pada ketika itu, hujan turun dengan renyai. jadi agak licin dan sulit untuk kami bergerak dalam keadaan padang yang sebegitu. 

namun begitu, betul la orang cakap, good words matter.pada ketika itu, Mr.J yang arif dengan emosi dan perasaan kami, give us a very warm and sooth words. Mr.J juga bagi kami pisang sorang satu and it was soooo cute masa tu. mood kami yang dari down terus up up up up. gembira macam apa lagi. and alhamdulilah, semangat kami pulih kembali. dan permainan pun bermula. permainan kali ni seolah-olah seperti kami melawan smkph. keduanya tak hendak mengaku kalah. dalam keadaan hujan, basah, jatuh itu biasa. dan akhirnya sehingga mata menunjukkan seri. 

untuk semi final, apabila seri, setiap pasukan perlu menghantar 5 orang wakil untuk Penalty Shoot. dan untuk kami yang amatur, kami sempat belajar PS untuk beberapa kali sahaja which was, we were not ready yet for that. dan keputusan masa tu memang dalam tangan ahli berlima itu. Mr.J selaku couch kami yang pilih 5 orang tu. dan aku dipilih sebab aku half. dan masa tu, aku cuak gila-gila sampai rasa nak nangis. wallahi sumpah. masa tu Allah ja tahu dalam hati tu macam mana. they believed on me and others. 

dan untuk aku, aku selalu game, aku akan guna satu stick yang aku selesa. dan kenapa juga untuk PS masa tu aku tukar stick aku. and hasilnya memang tidaklah. PS tak goal. masa tu nak nangis dah. tapi sebab harapan tu masih ada, aku kekal. semangat. taknak kalah. 
dan alhamdulilah, kami menang PS dengan 5-4 . wallahi rasa macam dah Johan ja gaya masa tu. padahal lepas tu ada final dengan team yang kami sendiri tak jangka. 

dan keputusan final, kami bertemu dengan smkph. team yang kami dah jumpa pada awal perlawanan. dalam hati ni, memang depa ni taknak kalah dengan kami. memang nak lawan balik ni. dan kami cuakk . Allah. 

dan masa tu, mungkin sebab Mr.J pun tak expect yang akan jumpa team tu balik, he only said, asked yourself, do you guys want to win ? if yes, fight. like always. *I kerai la cenni. 
and game starts. masa ni, epik dia takboleh bawak bincang. kami lawan macam orang gilak. kami nak menang. dan mereka pun nak benda yang sama. kami ada ego yang sama sebab kami satu daerah. daerah yang kecil, mempunyai dua sekolah menengah yang berbeza. dan kesannya, kami akan tetap juga berjumpa bila berjalan di pekan. sebab tu taknak kalah. masha Allah ego kami. mungkin boleh dikatakan semangat juang yang seperti panglima perang dah gaya. 

jam dah menunjukkan jam 6.30 petang. game masih diteruskan. keputusan ketika itu, 2-2. seri. dan masa tambahan juga diberikan . 7 : 1 : 7. masih berlawan. dan hasilnya tetap seri. maka pengadil membuat keputusan untuk PS . dan kali ini. aku dah taknak dah tukar stick. aku stay dengan stick aku. 

diapunya epik kan, sampai jumlah PS terpaksa ditambah. sebab dua-dua masih seri biarpun PS. dan hari pada ketika itu semakin menginjak ke maghrib. keadaan boleh kata agak sendu la jugak. dan pada ketika itu, aku mula rasional dengan keadaan. pihak sana mempunyai kelebihan dengan keeper mereka adalah atlet pemanah yang mana lebih peka dan tajam penglihatan untuk melihat pergerakan bola dalam keadaan yang gelap. dan berbanding dengan sahabat kami, yang pengalamannya baru tahun ini. jelas dan nampak kelebihan berpihak kepada pihak mereka. 

wisel terakhir pun berbunyi. tanda permainan telah tamat dan keputusannya, kami mendapat Naib Johan untuk tahun ini. rakan sahabat yang lain terus mengalirkan air mata sedang aku sedaya upaya gigih untuk tidak titiskan air mata. aku bergerak terus ke keeper kami. W usaha buka helmetnya dan dia meminta maaf kepada aku. sedang aku yakin dan percaya, she did well. sangat-sangat baik. sedang untuk PS, yang paling hebat bagi aku adalah keeper. kerna dia yang berada dalam goal dan hadap segalanya dengan kuat dan cekal. wallahi, takkan mampu aku menjadi seberani W. aku ucapkan tahniah dan terima kasih. sudah rezeki kita. syukur. 

dan sedang aku berjalan untuk pulang ke asrama. aku padang ke kiri. aku nampak my biggest support, Ibu Ayah di tepi padang. wallahi, tak aku perasan kehadiran mereka. kerna aku tahu, Ibu Ayah orangnya sibuk, tak jangka mereka hadir. sungguh la. dan aku pergi menyambut mereka dan wallahi, pada ketika itu juga air mata aku jatuh. 

aku menangis dalam pelukan ibu dan ayah. I said, ''We lose. Kami kalah. Sikit lagi nak menang. Kami patut buat lebih baik. Angah patut boleh halang bola tu dari masuk. Angah patut... ''

''You did well. Angah dah buat yang terbaik, '' Ibu Ayah. and I cried even more. 

--

and the rest is history. 

p/s : kisah ini mungkin ada yang berubah, sebab dah lama kan. tapi jujurlah, perasaan pada ketika itu, masih tersemat dalam hati sehingga kini. 

untuk diri yang dah hampir 4 tahun gantung stick, wallahi, sakit rindu nak main balik tu perit. dan sungguh, zaman sekolah menengah memang paling rindu. 

by that, adios. *hands up.




Comments

Popular Posts