untuk kamu



khususnya
untuk mereka yang rasa tiada yang mendengar,
untuk yang sedang berusaha untuk berubah,
untuk yang hendakkan tenang,
dan untuk kalian semua yang sedang cari erti hidup seperti aku.

--

bila kita hidup, bila kita hadap dunia dengan manusia yang banyak, juga pelbagai sifat dan keadaan, kena tahu satu benda, semua orang ada hidup yang mereka sedang hadap dan tempuh. dengan melihat kepada indahnya senyum, riangnya ketawa, tak makna hikayat sedih tak penah nak singgah. kadang, dengan senyum dan ketawa boleh jadi satu cara nak hidupkan diri. biar tak mati sebelum mati, biar juga hidup penuh dengan makna yang kita sendiri cipta. 

orang cakap, nak hidup dengan orang, kena pandai paham orang. dan bila kita cuba nak buat, kena ingat jugak, yang tak semua akan ada fikrah yang sama dengan kita. kita hendakkan orang, tapi orang juga hendakkan kita untuk faham. 

semua orang ada masa bila masalah yang ada cukup boleh telan perit. biar perit asal tak luah. sebab bila luah, yang dapat cuma sakit dari sembuh. sebab dengan kita luah rasa, bagi orang tu semua manja. sebab itu kena tahu, yang tahap setiap orang tak sama. tak boleh nak pukul rata semua orang macam tu jugak. sebab semua orang benda yang nampak remeh, padahal  boleh buat orang tu nak bunuh diri tanpa pilihan dah. 

--

sebab tu, bila ada yang meluah, jangan tinggal, dengar tanpa bagi jalan penyelesaian. sebab mereka cuma hendakkan untuk meluah, bukan solusi. penyelesaian yang bagi kita berhasil, tapi tak jugak mampu di aplikasikan untuk semua. 

untuk mereka yang hendakkan berubah,
Allah ada. malah dekat . usah di dengar siulan setan yang takkan lelah untuk menghasut. moga Allah rahmat usaha kalian, moga kita jua menjadi insan yang power untuk hadap dengan penuh gaya. 

untuk mereka yang sedang dalam usaha untuk lepaskan diri dari rasa  nak mati, ingat yang hidup ni Allah kurnia dengan rahmat. moga sentiasa tenang dan lapang. 

-

untuk aku sampai ketahap ini, sumpah aku pun tak sangka akan sampai, persinggahan ini buat aku toleh belakang untuk melihat, jauh mana tekanan bawak aku sampai sini, aku hidup tak baik, pada hakikat untuk luah tu, memang tak mampu, cukup dengan pendam dan telan. sebab untuk meluah rasa pada hakikatnya, diri sendiri jugak yang tanggung. takpa, asal tahu Allah ada , Allah maha tahu dah cukup. 
sebab orang lain pun ada usaha masing masing. 
moga kita semua sentiasa tabah dan power untuk hadap semua ini. moga syurga milik kita . 

moga Allah redha kalian dan aku. 
moga- moga.

Comments

Popular Posts