❝ untuk mara ke Syurga tidaklah semudah mengira satu dua tiga ❞

Just my two cent.
Monday, 3 March 2025 @ March 03, 2025
Hi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 

"Indeed Allah would never change a people's state of favour until they change their own state of faith. And if it is Allah's will to torment a people, it can never be averted nor can they find a protector other than Him." [Ar-Ra'd:11]

Ayat ni secara terjemahan yang senang untuk kita faham adalah, Allah takkan ubah nasib sesebuah kaum itu, melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya. Seperti kita sebagai manusia, kalau kita sendiri tak ada usaha untuk berubah, Allah takkan ubah untuk kita. 

Sejak akhir-akhir ini, isu ni kerap kali aku dengar dan sesungguhnya, aku rasa nak meluah apa yang ada dalam kepala ni. My mind keeps on thinking about this and I need to pour it somewhere and here it is. 

"Perkahwinan itu satu perjudian"

Long, long ago, I really used to hear about this statement and I even used to ask my Ibu about this. Did she really think this way when she got married to Ayah ? Did she ever think like that ? And after a long, long time living, seeing and reading all those stuff that related to marriage, I can say that, those statement only valid for those who don't really prepared for marriage i.e those who in a arranged marriage. Like you just get married to who ever person that you never met and just follow what your parents said. 

This is how I related to what Allah said, if you wish to change, then change first, i.e make the move first. make plans, and work for it. Don't just wait and hoping that one day you will,  in a blink of eyes, change for good. Islam is not a magic deen. You can't just change by waiting. Come on, even if you want to eat, you need to feed yourself using your own hand. No one will feed you. 

Same with the concept of tawakkal means that you put trust in Allah on whatever your plans are. Like this story of sahabat, which I believed most of the people used to hear about this.

One of the sahabat, came to meet Rasulullah while bringing his camel, and he asked Rasulullah, whether he need to just let the camel without tied it to the tree or tied it first? Then Rasullulah reply, tied it first then tawakkal to Allah. 

Here is it. The concept of tawakkal itself is not you are letting everything to Allah, without doing anything. Tawakkal is something that you put trust to Allah, while you work hard for it. Same goes when you plan on finding someone to be your partner i.e husband or wife. Make some effort like have some criteria on that person, make istikharah and istisyarah and you can do some background check on that person. This can be one of the hard work that you can do while having trust on Allah to guide you to the right part. 

So, then if you are married to that person, you are prepared for all the things that you already know. and the rest, leave it to Allah. 

Trust Allah as He is Ar-Rahman and Ar-Rahim. Trust Him as He is The Most Knowing so that you will eventually feel at ease no matter what comes after. 

So, I rest my case. 

and , might be late, but never too late. 

Ramadan Kareem everyone :)



Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Yang digalas
@ March 03, 2025
Hi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Beban dibahu, aku sudah berkeputusan untuk lepaskan. Seni untuk melepaskan semua yang bukan dalam kawalan aku, aku kembalikan kepada yang hak. Tiada daya dah nak menggalas berat yang memberat dan untuk kali ini, aku lepaskan segalanya. 

Untuk semua rasa serba salah, untuk rasa yang bukan dalam kawalan aku, untuk setiap amaran yang sudah aku ujar kan. Akhirnya aku melepaskan semua rasa yang perkiraan aku, adalah tidak wajar lagi untuk disimpan. 

Mungkin tabiat yang suka menyimpan benda yang dirasakan 'akan berguna' pada masa akan datang menjadikan aku seorang yang sayang untuk melepaskan. Tak kira benda, atau rasa. Aku belajar banyak perkara diusia menginjak 27 tahun ini. Aku, perlu belajar untuk melepaskan atau lebih tepat membuang segala perkara yang pada hakikatnya tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada aku. 

Ibaratkan berpegang kepada tali yang terikatnya batu besar dan berat. Tangan yang memegang akan berdarah dan luka juga pada akhirnya. Dan hal yang paling logik untuk dibuat adalah dengan melepaskan tali tersebut. 

Kita juga takkan selamanya menjadi watak baik dalam cerita dan hidup orang lain. Takkan selamanya baik. Jadi, yang boleh kita buat adalah jalani saja hidup ini dengan sebaiknya. Kita takkan punya apa-apa kuasa untuk mengawal segala ketetapan yang telah ditakdirkan. 

Semoga semuanya akan baik-baik saja dikemudian hari. 

with that, I rest my case. 


Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Kata
Wednesday, 11 December 2024 @ December 11, 2024
Hi.

Menjadi kebiasaan yang manusia akan lebih mudah untuk bercakap dan memberi pendapat masing-masing, tanpa memikirkan apa kesan yang akan diterima oleh orang yang dikritik. Dengan hujah 'Hak Bersuara' menjadikan manusia-manusia ghairah memberi kata dan melemparkan dimuka-muka individu yang mereka rasakan mereka lebih jaguh dah berkuasa keatas mereka. 

"They know better." 

Tapi tidakkah lebih baik jika apa yang diluahkan itu, terus diucapkan secara peribadi dan berdepan dengan individu yang mahu ditegur atau kritik. Kita ni, suka betul nakkan perhatian orang lain agar menampakkan diri kita ini sentiasa betul. Kita terlalu mahukan validasi daripada orang sekeliling untuk tunjukkan yang kita tak buat salah pun, yang salah tu mereka. Mereka yang menunjukkan sikap yang aneh dan salah dalam padangan kita, jadi kita 'berhak' untuk berkata apa saya yang menyedapkan hati dan mata kita. Janji puas. 


Tapi kesan kepada yang dikritik kita tak ambil peduli, sebab benda itu bukan hal kita. Hati yang dilapah, bukan hati kita, hati yang terluka dan berdarah, bukan hati kita. Jadi, mana nak kisah. Maka hati-hati itu tiada yang merawat, terpaksa dihadap sendiri dan dirasakan sendiri. 

Tapi tulah, sekadar luahan rasa. Nak cakap lebih-lebih pun, tiada kuasa kita ni. 


Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Hijab
Sunday, 17 November 2024 @ November 17, 2024
Hi.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk kali ni, saya ada tajuk yang khas yang saya nak bincangkan. Eh kejap, tak sesuai juga nak cakap bincang sebab saya cuma guna pendapat dan pandangan sendiri saja dalam penulisan kali ini. Lebih kepada pendapat peribadi. Maka, penulisan ni akan menjadi serius kot ? 

Hijab, [baca: tudung] sehelai kain yang dijahit khas untuk menutup bahagian kepala bagi golongan wanita. Kalau ikutkan, kita tak wajib pun pakai tudung tapi kita wajib tutup aurat kita. Jadi, boleh ja kalau kita nak tutup kepala kita dengan benda lain selain tudung tu. 

Tapi, dengan ilmu pengetahuan yang Allah dah kurnia kepada kita hambanya ni, maka adalah idea-idea penghasilan tudung yang lebih memudahkan kita untuk menutupi bahagian kepala kita dengan lebih selamat, terjaga dan sopan. Mudah untuk kita guna sehari-hari. 

Tapi itu bukan fokus yang nak cerita sekarang ni. Cerita ni kembali ke zaman-zaman saya sebelum betul-betul tahu fungsi tudung dikepala itu untuk apa. 

Menjadi seorang anak yang awal lahir membesar di bandar, tudung boleh kira dengan jari bila saja pakai. Kita pergi sekolah pun tak pakai tudung ye. Beza dengan adik-adik saya. Saya ibaratkan yang taktahu apa itu keperluan untuk bertudung. Sedangkan sentiasa melihat ibu bertudung, tapi takpernah nak ikut atau meminta untuk pakai tudung. 

Sehinggalah kembali menjadi anak askar yang berpindah randah setelah cukup tempoh berkhidmat disuatu tempat. Hijrahlah kami sekeluarga ke negeri penyu. Di sekolah baru, pada tahun pertama, saya juga menjadi yang asing sebab saya seorang ja murid perempuan yang tidak bertudung. Tapi masuk tahun kedua di sekolah tu, saya diminta ibu untuk memakai tudung. Pakai ketika di sekolah saja dan itu pun sebab ibu cakap, rambut kakak banyak kutu bila tak pakai tudung. Jadi dipaksalah memakai tudung biar ibu takyah botakkan kepala kalau kutunya masih banyak.

Dan itulah permulaan seorang saya memakai tudung bukan sebab nak menutup aurat tapi sebab taknak kepala dinaiki kutu. Kata orang putih, fake it until you make it. 

الحمد الله, untuk hari ini, saya dah sampai fasa make it. Proses kekal dengan hijab ni ada banyak fasa dalam hidup saya. Fasa mencari identiti diri, fasa niat bertudung ni untuk apa, fasa belajar cara yang betul pakai tudung ikut aspek-aspek yang digariskan, fasa pakai tudung ni betul ikut apa yang Islam minta ke tidak dan sehingga kini, proses belajar itu akan sentiasa ada dan berlaku. 

Tak lari juga dengan pakai tudung apa pun gaya, orang mesti akan lihat tudung kita. Singkat ke biasa, ke labuh sangat ke dan semua tu, akan penuh dengan sisi pandangan orang. Boleh kata, kita bawa imej yang baik kalau kita bertudung dengan sebaiknya. Tipikal orang, kalau kita bertudung labuh, kita terus dikira manusia baik yang tidak boleh buat silap dan salah. Wajib menjadi yang membawa kebaikan dan tidak boleh langsung membuat kemungkaran. Sedang kalau dah nama manusia, takkan lari dari silap dan salah. Bezanya, sama ada kita menjadi manusia yang bertaubat dan sentiasa memohon ampun dari Allah atau tidak saja. 

Jadi, yang saya belajar dari semua benda yang jadi sepanjang saya menjadi manusia yang menggunakan hijab sebagai helaian untuk menutupi aurat saya, kita wajib bertanggungjawab dengan apa yang kita kenakan pada diri kita. Tak kisahlah tudungnya seperti apa, janji andai boleh membawa kebaikan, terus kekalkan saja. 

Cuma yang saya nampak, ramai yang dulunya sempurna dalam menutup aurat kepala, makin lama makin hilang. Saya taktahu apa sebabnya, tapi saya doakan moga semuanya akan menjadi yang baik-baik untuk mereka. Semoga apa yang mereka cari, akan segera dijumpa. 

Mereka orang baik. Bahkan boleh jadi lagi baik dari saya. Saya juga sedang berusaha, untuk menjadi sisi terbaik untuk diri saya. Semoga segala yang diusahakan, akan kekal diterusnya sehari-hari. 

Dan harapan saya, jangan la orang melihat saya seperti manusia yang akan sentiasa sopan dan santun, yang tidak pernah buat salah dan silap, yang tak pernah lepas laku. Lalu menghukum saya dengan katakan bahawa ulah saya tidak sepadan dengan tudung yang saya kenakan pada diri saya. Ketahuilah, manusia ini penuh dengan cacat celah. Yang rabak itu juga hasil gigih payah saya dalam usaha saya. Cuma itulah, mana ada manusia yang mahu lebih memahami kalau lebih mudah itu adalah dengan menilai secara terus? Jarang la manusia memilih yang sukar banding yang mudah. Jadi, harap ada juga yang suka akan yang susah, biar kelak, hidup di dunia ini tidaklah menjadi sesesak apa. 

Jadi, nak mula apa-apa, kita boleh mula dengan paksaan dulu. Mungkin akan nampak tidak ikhlas, tapi betul-betul la, lama-lama yang paksa akan jadi ikhlas. Mungkin juga sebab kita buat benda baik kot, jadi ikhlas tu akan datang dengan sendirinya. Tanpa sedar. 

Untuk ini, saya akhiri kes saya. 

Adios. 


Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Berdamailah.
Monday, 4 November 2024 @ November 04, 2024
Hi.


untuk hati ini. 


belajarlah untuk berdamai dengan setiap ketetapan yang Allah tetapkan untuk kita. 


Untuk kali ini, aku serahkan segalanya yang termampu aku, kepada Allah azza wajalla. Aku tiada daya untuk semuanya, hatta untuk yang aku rasa di dalam hati ini. Aku tetap hamba yang lemah dan akan sentiasa meminta untuk diberikan jalan dan petunjuk. 


Wahai Allah yang Maha Tahu segala hal, pandulah hati ini untuk tetap dan kekal dengan setiap yang dirasa. 


Wahai Allah yang Maha Berkuasa, pinjamkan kekuatan kepada hambaMu ini untuk sentiasa gagah dalam menghadapi setiap yang telah ditetapkan. Aku masih perlu dan akan sentiasa perlu semangat. 


Belajarlah untuk melepaskan masa lalu yang akan menjadi yang paling jauh. Dan menyembuhlah dengan masa kini yang akan menjadi penentu kepada masa depan. Bersama-sama keyakinan kepada Allah. 


Untuk kali ni, banyakkan doa Na, betul-betul kena banyakkan doa. Moga semua ni Allah pandu sebaiknya, dan moga semuanya Allah mudahkan. Aku harap, segalanya akan membaik dan semoga tetap semangat menghadapi segala ujian yang bakal mendatang. 


Maka, jangan pernah fikir jalan ini akan menjadi semudah-mudahnya. 

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan “Kami beriman” dan mereka tidak diuji ? [Al-Ankabut : 2]


Jadi, yakin, tawakkal, redha, dan usahalah. 


Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Jaulah Bintulu.
Sunday, 29 September 2024 @ September 29, 2024
Hi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Rezeki Allah bagi, dapat pergi ke Bintulu untuk bawa anak-anak bersukan. Seminggu yang lama. Dua hari latihan pusat, bakinya ke Bintulu. Sejujurnya boleh kata yang diri ini tak bersedia dengan ilmu sebanyaknya pun untuk menjadi yang mendidik, tapi masih digagahkan juga diri untuk pergi sebab kitanya suka bawa budak jalan-jalan. 

Nawaitu bila dah berkereta sendiri, kalau direzekikan untuk bawa budak, kalau boleh nak bawa anak jalan-jalan. Biar jalan-jalan biasa pun, masih membahagiakan. 

Aku masih lagi dengan prinsip kalau orang bahagia kerana aku, maka aku juga akan turut bahagia. Kalau dulu aku kurang mengambil peduli dengan apa yang aku rasa, tapi kini, aku belajar untuk dahulukan dulu apa yang aku rasa, dan belajar untuk seimbangkan semua hal dengan sebaiknya. 

Setiap hari, aku belajar untuk cuba berusaha sebaiknya. Agar aku tahu, untuk setiap yang aku buat, takkan aku sesal. Tapi kadang, ada juga ketika, aku rasa nak lari jauh-jauh untuk seketika cuma, atau boleh jadi untuk selamanya dek kerana ketidakmampuan diri untuk menyelesaikan apa yang menyesak dalam hati dan fikiran. Tapi, hasbunallah wanikmal wakil. Cukuplah Allah sebagai tempat meminta pertolongan. Dan pada akhirnya juga, setiap masalah yang kita ada, pasti akan disertakan dengan kesenangan. 

--

Perjalanan kali ini aku berkenalan dengan seramai orang yang aku belum pernah berkerjasama. Kenal dalam erti kata keperibadian mereka. Biarpun aku tahu nama mereka, tapi bilangan patah kata yang keluar boleh dikira dengan jari. Rezeki jaulah kali ini, aku berpeluang untuk lebih mengenali mereka dengan lebih baik. Mereka adalah insan-insan baik yang punya rasa yang sama. Mahu bahagiakan anak-anak ini. 

Rezeki betul. 

Dan untuk seminggu berkerjasama dalam segala hal, aku rasa, aku semakin membaik dalam berkomunikasi dengan orang. Ternyata, masih ramai manusia yang berjiwa mulia dan membaik. Masih ramai yang menghargai aku yang baru saja dikenal. Masih ada yang sudi berkongsi rasa dan kenangan. 

Untuk semuanya, aku bersyukur. Aku belajar, bahawa kita yang perlu cari bulatan gembira kita. Andai bulatan yang ada, memberi sakit dari bahagia, boleh cuba untuk mencari yang sesuai dengan kita. Jangan biar diri terus sakit dan luka hanya kerana kita berpegang pada kenangan lama. 

Yang berlalu, biar berlalu. Berdamai saja dan anggap hanya setakat itu saja. Mungkin rezekinya sampai situ sahaja. Boleh cuba cari yang lain. Begitulah hidup. 

---

Akhir kalam, aku bahagia. untuk kali ini, aku baik-baik saja.


Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Khabar dan angin
Sunday, 11 August 2024 @ August 11, 2024
Hi.

baca : [gosip] cakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain. (kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Dan untuk kali ini, tahun ini, masih boleh terpalit dengan segala yang tidak-tidak. Bukan aku merasakan bahawa diri aku ini sudah sehilang itu dari pandangan umum, tapi malah masih dinampak dan dikata. 

Kenyataan yang paling tidak terjangka adalah apabila kisah khabar angin tu wujud daripada orang yang dirasakan hampir dengan aku. Kita pernah berjemaah bersama, berkongsi itu dan ini, saling dirasakan paling memahami antara satu sama lain, tapi itulah pedang yang ditusukkan di hati ini. Hati yang sedang elok dilapah dan disiat-siat. Sakit kali bunyinya. Ya, sakit, tapi bukan sekarang. Untuk yang kali pertama, memang sakit, tapi untuk kedua dan ketiganya, sudah dibius rasa. 

Syukurlah aku masih dikurniakan keluarga dan sahabat yang masih kekal utuh dan berdiri menyokong dari belakang. Itu adalah rahmat dan rezeki Allah kepada aku. Masih mempunyai dahan berpaut yang kukuh dan kuat. Aku masih punya kalian yang baik-baik. 

Aku sama sekali tidak kisah apa yang dikhabaranginkan. Yang sedikit mendapat perhatian aku adalah manusia yang rancak bercerita seolah-olah tiada salah dalam apa yang disebarkan. Sepertinya hebat dan gagah dalam menyebar cerita. Seolah-olah tiada rasa bersalah atau apa. Mungkin apabila sentiasa dirasakan diri itu hebat dan terbaik, malah yang lain dirasakan bahawa seperti semut yang boleh dipijak injak. 

Harapan aku, semoga kalian tahu dan dikurniakan hidayah atas apa yang dilakukan. Semoga juga keluarga kalian juga dihindari dari segala yang buruk-buruk. Dan semoga, apa yang aku hajati dalam hati ini Allah makbulkan sebaiknya. Pada masa dan waktu yang tepat dengan ketentuan dan masaNya. 

Tiada daya aku untuk menutup mulut-mulut yang berkata. Sedang tempayan pun sudah lama tidak dijumpa, lagikan mulut orang yang sentiasa berkata-kata. 

Aku juga berharap agar Allah sentiasa berikan aku rasa sabar dan sedar bahawa hidup ini memang tidak akan sunyi dari ujian. Tetaplah diuji tanda Allah masih lagi memandang aku dan sebagai bukti kukuh bahawa aku ini adalah hamba yang akan sentiasa dan selalu menyembah dan memohon pertolongan. 

--

Ujian ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang saudara di Palestine, tiada terbanding. Yang dihadap oleh mereka jauh, malah berganda-ganda lebih teruk dari apa yang dihadap oleh aku ini. Maka aku juga masih boleh bertenang dan bersabar. 

Ayuhlah diri, kembali bersemangat, jangan dikalahkan diri dengan kata-kata. 

p/s: Pesan aku kepada yang membaca, jadilah manusia yang sentiasa berpegang pada janji. Jangan dikotori diri dengan khianat kerana rasa percaya yang sudah diberikan kepada kita, tidak akan ada untuk yang kedua kali. Sekali dan itu saja. Seperti mana gelas kalau sudah pecah, akan mustahil untuk menjadi seperti yang asal, begitu juga kertas yang direnyuk hancur, garisnya pasti akan kekal selamanya. 

It is not your fault when they broke the trust that you gave. They just proof that they don't deserved it. 

Fin.



Facebook Twitter Google Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }







Home Me Stuff eMail

bila rasa hidup ini horror , ingat Tuhan yang sebaik baik pencipta yang Maha Agung

LABEL
bakal dak dak SPM '15 dah habis belajar '21 dah kerja '22

Contact

Untuk semua yang ditulis, penuh dengan fakta dan auta.

saya dah tak main media sosial






made with love, Nena
this is credit