❝ untuk mara ke Syurga tidaklah semudah mengira satu dua tiga ❞

Kata
Wednesday, 11 December 2024 @ December 11, 2024
Hi.

Menjadi kebiasaan yang manusia akan lebih mudah untuk bercakap dan memberi pendapat masing-masing, tanpa memikirkan apa kesan yang akan diterima oleh orang yang dikritik. Dengan hujah 'Hak Bersuara' menjadikan manusia-manusia ghairah memberi kata dan melemparkan dimuka-muka individu yang mereka rasakan mereka lebih jaguh dah berkuasa keatas mereka. 

"They know better." 

Tapi tidakkah lebih baik jika apa yang diluahkan itu, terus diucapkan secara peribadi dan berdepan dengan individu yang mahu ditegur atau kritik. Kita ni, suka betul nakkan perhatian orang lain agar menampakkan diri kita ini sentiasa betul. Kita terlalu mahukan validasi daripada orang sekeliling untuk tunjukkan yang kita tak buat salah pun, yang salah tu mereka. Mereka yang menunjukkan sikap yang aneh dan salah dalam padangan kita, jadi kita 'berhak' untuk berkata apa saya yang menyedapkan hati dan mata kita. Janji puas. 


Tapi kesan kepada yang dikritik kita tak ambil peduli, sebab benda itu bukan hal kita. Hati yang dilapah, bukan hati kita, hati yang terluka dan berdarah, bukan hati kita. Jadi, mana nak kisah. Maka hati-hati itu tiada yang merawat, terpaksa dihadap sendiri dan dirasakan sendiri. 

Tapi tulah, sekadar luahan rasa. Nak cakap lebih-lebih pun, tiada kuasa kita ni. 


Facebook Twitter Google Email

0 Comments:

Post a Comment








Home Me Stuff eMail

bila rasa hidup ini horror , ingat Tuhan yang sebaik baik pencipta yang Maha Agung

LABEL
bakal dak dak SPM '15 dah habis belajar '21 dah kerja '22

Contact

Untuk semua yang ditulis, penuh dengan fakta dan auta.

saya dah tak main media sosial






made with love, Nena
this is credit