❝ untuk mara ke Syurga tidaklah semudah mengira satu dua tiga ❞

Khabar dan angin
Sunday, 11 August 2024 @ August 11, 2024
Hi.

baca : [gosip] cakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain. (kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

Dan untuk kali ini, tahun ini, masih boleh terpalit dengan segala yang tidak-tidak. Bukan aku merasakan bahawa diri aku ini sudah sehilang itu dari pandangan umum, tapi malah masih dinampak dan dikata. 

Kenyataan yang paling tidak terjangka adalah apabila kisah khabar angin tu wujud daripada orang yang dirasakan hampir dengan aku. Kita pernah berjemaah bersama, berkongsi itu dan ini, saling dirasakan paling memahami antara satu sama lain, tapi itulah pedang yang ditusukkan di hati ini. Hati yang sedang elok dilapah dan disiat-siat. Sakit kali bunyinya. Ya, sakit, tapi bukan sekarang. Untuk yang kali pertama, memang sakit, tapi untuk kedua dan ketiganya, sudah dibius rasa. 

Syukurlah aku masih dikurniakan keluarga dan sahabat yang masih kekal utuh dan berdiri menyokong dari belakang. Itu adalah rahmat dan rezeki Allah kepada aku. Masih mempunyai dahan berpaut yang kukuh dan kuat. Aku masih punya kalian yang baik-baik. 

Aku sama sekali tidak kisah apa yang dikhabaranginkan. Yang sedikit mendapat perhatian aku adalah manusia yang rancak bercerita seolah-olah tiada salah dalam apa yang disebarkan. Sepertinya hebat dan gagah dalam menyebar cerita. Seolah-olah tiada rasa bersalah atau apa. Mungkin apabila sentiasa dirasakan diri itu hebat dan terbaik, malah yang lain dirasakan bahawa seperti semut yang boleh dipijak injak. 

Harapan aku, semoga kalian tahu dan dikurniakan hidayah atas apa yang dilakukan. Semoga juga keluarga kalian juga dihindari dari segala yang buruk-buruk. Dan semoga, apa yang aku hajati dalam hati ini Allah makbulkan sebaiknya. Pada masa dan waktu yang tepat dengan ketentuan dan masaNya. 

Tiada daya aku untuk menutup mulut-mulut yang berkata. Sedang tempayan pun sudah lama tidak dijumpa, lagikan mulut orang yang sentiasa berkata-kata. 

Aku juga berharap agar Allah sentiasa berikan aku rasa sabar dan sedar bahawa hidup ini memang tidak akan sunyi dari ujian. Tetaplah diuji tanda Allah masih lagi memandang aku dan sebagai bukti kukuh bahawa aku ini adalah hamba yang akan sentiasa dan selalu menyembah dan memohon pertolongan. 

--

Ujian ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang saudara di Palestine, tiada terbanding. Yang dihadap oleh mereka jauh, malah berganda-ganda lebih teruk dari apa yang dihadap oleh aku ini. Maka aku juga masih boleh bertenang dan bersabar. 

Ayuhlah diri, kembali bersemangat, jangan dikalahkan diri dengan kata-kata. 

p/s: Pesan aku kepada yang membaca, jadilah manusia yang sentiasa berpegang pada janji. Jangan dikotori diri dengan khianat kerana rasa percaya yang sudah diberikan kepada kita, tidak akan ada untuk yang kedua kali. Sekali dan itu saja. Seperti mana gelas kalau sudah pecah, akan mustahil untuk menjadi seperti yang asal, begitu juga kertas yang direnyuk hancur, garisnya pasti akan kekal selamanya. 

It is not your fault when they broke the trust that you gave. They just proof that they don't deserved it. 

Fin.



Facebook Twitter Google Email

0 Comments:

Post a Comment








Home Me Stuff eMail

bila rasa hidup ini horror , ingat Tuhan yang sebaik baik pencipta yang Maha Agung

LABEL
bakal dak dak SPM '15 dah habis belajar '21 dah kerja '22

Contact

Untuk semua yang ditulis, penuh dengan fakta dan auta.

saya dah tak main media sosial






made with love, Nena
this is credit