❝ untuk mara ke Syurga tidaklah semudah mengira satu dua tiga ❞

Jaulah Bintulu.
Sunday, 29 September 2024 @ September 29, 2024
Hi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Rezeki Allah bagi, dapat pergi ke Bintulu untuk bawa anak-anak bersukan. Seminggu yang lama. Dua hari latihan pusat, bakinya ke Bintulu. Sejujurnya boleh kata yang diri ini tak bersedia dengan ilmu sebanyaknya pun untuk menjadi yang mendidik, tapi masih digagahkan juga diri untuk pergi sebab kitanya suka bawa budak jalan-jalan. 

Nawaitu bila dah berkereta sendiri, kalau direzekikan untuk bawa budak, kalau boleh nak bawa anak jalan-jalan. Biar jalan-jalan biasa pun, masih membahagiakan. 

Aku masih lagi dengan prinsip kalau orang bahagia kerana aku, maka aku juga akan turut bahagia. Kalau dulu aku kurang mengambil peduli dengan apa yang aku rasa, tapi kini, aku belajar untuk dahulukan dulu apa yang aku rasa, dan belajar untuk seimbangkan semua hal dengan sebaiknya. 

Setiap hari, aku belajar untuk cuba berusaha sebaiknya. Agar aku tahu, untuk setiap yang aku buat, takkan aku sesal. Tapi kadang, ada juga ketika, aku rasa nak lari jauh-jauh untuk seketika cuma, atau boleh jadi untuk selamanya dek kerana ketidakmampuan diri untuk menyelesaikan apa yang menyesak dalam hati dan fikiran. Tapi, hasbunallah wanikmal wakil. Cukuplah Allah sebagai tempat meminta pertolongan. Dan pada akhirnya juga, setiap masalah yang kita ada, pasti akan disertakan dengan kesenangan. 

--

Perjalanan kali ini aku berkenalan dengan seramai orang yang aku belum pernah berkerjasama. Kenal dalam erti kata keperibadian mereka. Biarpun aku tahu nama mereka, tapi bilangan patah kata yang keluar boleh dikira dengan jari. Rezeki jaulah kali ini, aku berpeluang untuk lebih mengenali mereka dengan lebih baik. Mereka adalah insan-insan baik yang punya rasa yang sama. Mahu bahagiakan anak-anak ini. 

Rezeki betul. 

Dan untuk seminggu berkerjasama dalam segala hal, aku rasa, aku semakin membaik dalam berkomunikasi dengan orang. Ternyata, masih ramai manusia yang berjiwa mulia dan membaik. Masih ramai yang menghargai aku yang baru saja dikenal. Masih ada yang sudi berkongsi rasa dan kenangan. 

Untuk semuanya, aku bersyukur. Aku belajar, bahawa kita yang perlu cari bulatan gembira kita. Andai bulatan yang ada, memberi sakit dari bahagia, boleh cuba untuk mencari yang sesuai dengan kita. Jangan biar diri terus sakit dan luka hanya kerana kita berpegang pada kenangan lama. 

Yang berlalu, biar berlalu. Berdamai saja dan anggap hanya setakat itu saja. Mungkin rezekinya sampai situ sahaja. Boleh cuba cari yang lain. Begitulah hidup. 

---

Akhir kalam, aku bahagia. untuk kali ini, aku baik-baik saja.


Facebook Twitter Google Email

0 Comments:

Post a Comment








Home Me Stuff eMail

bila rasa hidup ini horror , ingat Tuhan yang sebaik baik pencipta yang Maha Agung

LABEL
bakal dak dak SPM '15 dah habis belajar '21 dah kerja '22

Contact

Untuk semua yang ditulis, penuh dengan fakta dan auta.

saya dah tak main media sosial






made with love, Nena
this is credit