Hitam dan Manis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulilah. selesai satu bab untuk bawa pasukan hoki sekolah. Seramai 28 murid yang dibawa, 4 orang dipilih untuk wakili daerah ke peringkat bahagian pula. Syukur rezeki anak-anak. Kita tumpang bahagia dan gembira.
Tahun ini untuk pertama kali dalam hidup disuruh menjadi pengadil. Seperti peluang tapi dirasa juga takut dan canggung. Bukan kemampuan untuk melihat kepada kesalahan dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan akal yang hendak menafsir apa jenis kesalahan dan apa kesannya. Begitulah. Biasa atau tidak, Paksa saja dibiasakan. Moga apa yang dibuat, baik-baik saja.
-----
Edisi hoki bahagian juga telah selesai. Masih terasa penat dan lelah. Seminggu hilang dari sekolah, menjalankan tugas yang diberi untuk sama-sama melatih pemain ketika latihan pusat. Kemudian membawa pemain ke tempat perlawanan yang jaraknya boleh dikata 115km.
Sesuai dengan niat, ingin membawa anak-anak jalan dan bersukan. biar ada saham kelak disana. Boleh menghibur hati yang kali masih mencari makna hidup. Biar terus semangat untuk melangkah dan menghidup dengan lebih gagah dan perkasa dikemudian hari. Melihat senyum tawa mereka, syukurlah beri makna hidup lebih baik untuk hari esok.
Rezeki Allah beri kedua-dua pasukan Johan keseluruhan. Masih mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Masih semangat dan gagah. Syukur juga Allah beri seorang murid sekolah kami dipilih juga untuk ke peringkat seterusnya. ya Betul, rezeki anak.
------
Dan aku masih mencari cara bagaimana hendak pastikan kulit wajah kembali ke asalan. Sudah hitam tapi tidak manis. Masih juga tidak pandai urus diri, malah masih mahu menjaga orang lain. haih, ini di kata, ibarat ibu ketam ajar anaknya berjalan. Sedang diri sendiri masih perlu bantuan, malah mahu dibantu orang lain. Wajarnya sedar diri, biar mahir urus diri sendiri dahulu, baru yang lain.
Adios.

Comments
Post a Comment