Hujan
Pemetik
api aku ambil dan halakan pada lingkaran ubat nyamuk. Nyatanya nyamuk selepas
hujan turun lebih meramai dari kebiasaanya. Begitulah sehari-hari malam
menghadap jentera nyamuk yang sebanyaknya. Nafas berat aku hela. Berat sangat
rasanya untuk malam ni. Berat lagi yang dirasakan sedang berlegar di dalam otak
ini. Nampak seperti tiada apa, tapi dalamnya umpama peperangan yang entah kali keberapa
berlaku. Same old, same old.
Kadang,
bukan meminta untuk terlebih fikir, datangnya sendiri tanpa sedar. Aku taktahu
nak hadap macam mana lagi fikiran yang sentiasa berlebihan dalam sesuatu hal. [Baca:
Overthink.]
Sesungguhnya
badan dan minda sudah sepenatnya. Memandu ratusan meter dari pagi hingga ke
petang. Berfikir dalam keributan semua hal. Sumpah penat. Tapi taktahulah untuk
kali ini, kenapa juga dia tetapkan sebegitu?
Yang
paling jelas boleh nampak, Allah sedang mengajarku sesuatu. Mungkin sesuatu ini
yang tiap kali aku minta untuk dikabulkan. Dan mungkin dari cara ini Allah
ingin mengabulkan. Syurga itu bukan percuma. Tempatnya sangat hebat, maka mana
mungkin bayaran untuk masuk semurah itu? Pasti lebih banyak yang perlu dibuat
dan mungkin harini salah satunya.
---
Aku sendiri. Melihat ke hadapan dengan langit yang makin hilang warnanya. Bunyi enjin bot yang sedang menghala kearah seberang. Kali kedua tanpa dirancang. Baru saja pulang ke pulau, sekarang aku keluar kembali disebabkan kecuaian sendiri. Sendiri cara penyakit orang kata. ‘Tuhan, jauh sekali kelak hendak ke kereta.’ Bisik hati. Dalam masa yang sama, otak memikirkan masa yang kian lewat kalau diikutkan. Dengan perjalanan pulang alik mungkin mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tambah dengan pergerakan dari jeti ke kampung dalam 7km bersamaan 10 ke 11 minit menunggang motosikal. Kali ini, ujian yang bagaimana lagi yang hendak diberikan nampak ?
--
Sendiri itu terlalu berat nyata. Bila kita sendiri, jangan pernah lupa Tuhan yang paling dekat, bahkan lebih dekat dari kapilari darah. Juga malaikat kiri dan kanan yang mencatat tanpa henti setiap perkara yang terdetik atau terniat.
Selesai
sampai ke seberang, aku berlari dengan niat hendak cepat siap, cepat pulang. Itu
saja. Tapi banyak juga perkara yang bukan dalam perancangan kita. Bahkan bukan dalam
kuasa dan kawalan. Jadi, apa yang perlu dibuat?
--
Kita
yang kadang lebih cepat dahulukan orang lain dari diri sendiri. Sedangkan diri
ini terkapai-kapai sendiri minta diselamatkan. Tapi betulkan. Mungkin kalini Tuhan
hendak mengajar untuk lebih teguh jiwa dan pegangan. Bukankah aku sentiasa doa
agar diberikan hati yang tetap dan tidak berbolak balik? Mungkin harini ini ujian
mengejut untuk melihat kekuatan hati? Mungkin kan? Kita tidak tahu, tapi Dia
yang Maha Mengetahui segala isi bumi dan langit. Bila dalam perjalanan pulang,
langit sudah hilang warnanya dan diganti dengan kepekatan malam yang sudah
tiba, aku makin nampak bahawa dunia ini sebenarnya luas. Seluas lautan dan
langit di depan mata dan aku tetap sendiri menatap kegelapan awan di kawasan pulau
tempat ku tuju.
‘Tuhan, hujankah ? Kalau ribut bagaimana?’
--
Aku sepertinya harus kuat. Bukan, menjadi kuat itu satu-satunya pilihan yang aku ada. Melihatkan anggaran masa, mengejar maghrib dan aku putuskan untuk langsung pulang tanpa pedulikan yang lain. Hujan memang akan membasahkan. Tapi masa yang berlalu takkan kembali. Jadi menurut aku ketika itu, aku ingin pulang secepatnya. Tapi benarlah, kalau sudah yang namanya aku, pasti fikirnya ringkas. Doa aku langitkan sebanyak-banyaknya. Allah, aku ingin pulang. Engkau penguasa langit dan bumi, berikan perlindungan kepada aku. Biar dihujani hujan lebat dan angin kencang. Aku mohon, lindungi aku dari bahaya dan malapetaka.
Aku
berhenti seketika dikawasan hujan selebatnya. Dalam hati, aku ingin menangis. Kasihan
sekali aku ketika ini ya Rabb. Ketakutan, kerisauan, kesendirian. Semuanya digaul
menjadikan aku yang gigih juga menyambung perjalanan dengan kepekatan malam,
ditemani hujan selebatnya, serta angin dan kilat menyambar.
Sumpah, tak aku tahu darimana datangnya keberanian sebesar ini. Aku tidak tahu. Tapi yang jelas, ikut jujur hati, aku menangis hingga ke akhir. Nyata, sendirian itu sakit.
--
Lampu motor yang sudah dipasang tinggi yang mungkin. Halangan dari rintikan hujan lebat menjadikan pemandangan terhad. Sangat terhad. Aku hadap juga jalan dengan tawakal yang paling tinggi pada Tuhan yang Satu. Dan setiap pulasan minyak mengharapkan tiada yang menghalang jalan atau apa saja yang boleh berikan keburukan. Tuhan, aku rasa andai aku tidur malam ini, akan aku terus bermimpikan kejadian tadi.
Terlalu
berat dan besar kesannya untuk hati dan mental ini. Aku risau andai peristiwa
ini akan beri mudarat. Tapi alhamdulilah sudah aku ceritakan pada yang sudi
mendengar biarpun dipaksa. Janji, dengar. Terima kasih.
Tiba
dirumah dengan perasaan yang berbaur. Ingin aku menangis, tapi sedar bahawa
maghrib masih belum. Jadi dikeraskan hati untuk masuk dan kerjakan kewajipan.
Sumpah, kalau diminta untuk diulang semula, tidak akan aku lakukan lagi. Pengalaman kali ini, terpaling bercampur baur perasaannya hinggakan tak dapat nak gambarkan perasaan pada ketika ini.
--
2 biji Panadol selamat aku telan. Menurut perkiraan aku, kalau tak ditelan, boleh jadi esoknya aku mati sebelum mati. Takkan mampu otak dan badan menampung kesan untuk malam ini.
‘Ya
Allah, terima kasih tidak jumpakan aku dengan sebarang kesukaran selain dari
hujan dan anginMu.’ Ini yang pertama dan terakhir ya. Lepas ini,tolonglah
dahulukan diri sendiri dulu wahai diri. Yang jarang sekali meletakkan diri
dihadapan dan terpaling atas. Haih, masih banyak yang perlu dipelajari ya nyatanya.
--
Niat
di hati ingin menangis, namun biarlah dahulu.
Malam
dunia.

Comments
Post a Comment