Ki-ta

Hai ?

[ Kita masih ketemu biar sekuat apa aku cuba untuk mengelak. Biar segigih apa yang aku cuba untuk mengelak, aku masih bisa melihat kelibat dia. Atau mungkin hanya disebabkan itu merupakan tempat dan masa yang pasti ada dia, kerna itu kita ketemu ? Tapi sebelum ini, biar beratus kali aku singgah, kami tidak pernah bersua muka. Jarang sekali. Acapkali aku berdoa pada Tuhan, akan tiadakan lagi pertemuan antara dia dan aku, tapi setiap itu juga kami bertemu. Tuhan, andai kata kami memang ditakdirkan untuk sentiasa bertemu, maka bantu juga aku untuk hilangkan perasaan ini. Akan aku minta untuk dihilangkan perasaan ini. Biar kelak, nanti akan tiba masa, bila aku bersua kembali dengan dia sesuai dengan perancanganMu, waktu itu, biar aku sendiri tahu dan sedar bahawa perasaan itu sudah hilang dan takkan pernah kembali. ]


--

Dan juga untuk perasaan ini yang bermain di minda dan fikiran. Dalam perkiraan aku, jelas bahawa ini semua hanya mainan syaitan. Tujuan yang buatkan aku risau dan gerun untuk fikirkan ia dengan lebih jauh. Tapi, sehari-hari, aku sendiri rasakan bahawa Tuhan sedang menunjukkan jalan kepada aku, atau lebih tepat , jawapan kepada semua persoalan yang sedang berlegar di hati dan di minda. Semoga apa yang difikirkan ini hanyalah mainan perasaan dan bukannya benar. 

Aku benar-benar meminta agar Tuhan melapangkan hati aku selapang langit yang sentiasa tenang tanpa apa pun perkara yang menyesakkan. Tapi, kata kawan aku, mana ada kehidupan yang sentiasa tenang dan nyata dia benar. Jika di dunia ini semuanya tenang tanpa adanya masalah itu tipu kerana dunia ini bukan Syurga. Bukan perkara kekal. Hanya sekadar tempat persinggahan saja. Dan aku tahu, itu juga benar. Masakan aku hanya hendakkan yang mudah-mudah saja sedang hidup ini pasti saja penuh dengan mehnah dan ujian. Tapi tetap saja percaya bahawa Tuhan akan sentiasa kirimkan perkara yang baik-baik saja untuk kita. Tinggal cara kita saja melihat segala sesuatu itu dengan kaca mata dunia atau kaca mata akhirat. 

Kuncinya, yakin dan sentiasa sangka baik dengan Allah.

Sedangkan langit yang mungkin hari ini kita lihat lapang tanpa apa-apa, bisa jadi esoknya ditutupi dengan awan tebal dan gelap, yang tunggu masa untuk mencurahkan air hujan lebat membasahi bumi. Ditambah juga dengan kilat dan bunyian guruh. Tapi juga selepas itu adanya pelangi. Yang cantik berwarna warni. Aneh, tapi itulah kehidupan. 

[Hidup ini umpama secangkir kopi, pahit dan manis bertemu bersama.]

--

Menangislah biar ia kelihatan seperti anak kecil. Jika dengan menangis, kita akan lebih baik rasanya untuk memulakan hari baru pada esoknya, maka lakukan saja. Kerna kita ada sebab yang ampuh untuk itu, sebab kita adalah manusia, yang sentiasa lemah dan memerlukan kepada sokongan dan dokongan orang. Jadi, usah khawatir andai kata hati terasa sesak dengan segala hal, kerana itu adalah bukti nyata bahawa kita adalah manusia normal. 

--

untuk yang segala hal yang menyesakkan minda dan fikiran. untuk segala perkara yang berulang kali diberitahu bahawa semua ini akan berlalu juga, tenanglah. Perasaan ini masih dalam kawalan. Masih boleh dikawal bagaimana kehendaknya. Sedang elok berfikir, terjumpa dengan posting seseorang, katanya, menyata Percaya kepada Allah itu sukar jika tidak dengan sifat kesempurnaanNya. Yakin dengan sifat-sifat Allah yang Maha Tahu segala hal. Dengan itu, segalanya akan menjadi lebih mudah. Sebab kita dah belajar untuk melepaskan kepada yang Maha Tahu. 

--

semoga hari-hari yang bakal berlalu akan lebih dihadap dengan semangat yang jitu. 

fin.

Comments

Popular Posts