Tahun baru.
"Boleh jadi, kita sedang hidup dengan doa-doa yang kita telah ucapkan lama dulu, cuma hadirnya sedikit berbeza dengan apa yang diminta."
--
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4 Januari 2022.
Tak sangka, dah masuk tahun baru sebab rasa macam semalam masih di rumah, makan dengan ibu ayah, bergaduh dengan adik-adik, luangkan masa dengan kawan-kawan.
Dan betul la, sekejapan itu benar. Yang dirasa lama, itu sebenarnya sekejap. Dan yang dirasa sekejap itu lama. Pada akhirnya, bergantung dengan diri sendiri juga. Bagaimana kita sendiri menghargai apa yang ada di sekeliling kita.
Apa kita menghargai semuanya dengan rahmat dan rahmanNya atau masih menunding jari di semua tempat ?
Sedikit berbeza keadaan ketika dapat perkhabaran untuk melanjutkan pelajaran di Negeri Dibawah Bayu dengan perkhabaran mendapat pekerjaan di Negeri Bumi Kenyalang ini. Namun yang pasti, rezeki itu tidak pernah salah alamat. Segala ketetapan yang Dia sudah tetapkan, tiada yang salah. Semuanya baik-baik.
Perasan tak ayat quote tu ? Terbaca kat apps qalby. Dan bila baca ayat tu, automatik teringat balik semua doa-doa yang pernah ucapkan dalam solat. Dia macam, kita minta A, tapi bagi Allah yang baiknya B. Dan dalam B pun Allah still selitkan A, cuma kita ni nampak tak nampak ja.
Jadi, kisah kali ni, dia tak mula 4 hari lalu, dia mula seminggu sebelum itu, tanggal 27 hb Disember 2021.
---
Semua orang tengah riuh, dan macam biasa, aku malas nak risau lebih-lebih sebab taknak terlalu berharap yang tidak-tidak. Even sebelum keluar keputusan pun, aku dah cakap siap dah, mana-mana pun dapat nanti, cakap Alhamdulillah dulu, terima kasih Allah sebab bagi rezeki kerja. Itu dulu apa-apa pun.
Elok lepas solat, baru buka phone. Dan terus masuk noti banyak-banyak². Dan text dari kawan paling atas sekali baca. "Nena, ada dapat email tak?" Dan masa tu jugak terus bukak email. Dan Alhamdulillah, dapat dah keputusan yang lama tunggu ye. 😂
Masa tu, dia macam nangis sikit, tapi yang lebih² terus macam risau macam mana ibu ayah nak terima keputusan ni. Wallahi, I'm okay. Alhamdulillah, mungkin sebab dah jangka. Jadi taklah terkejut sangat.
Pergi bilik Ibu, ibu macam baru nak solat ke macam ya, terus duduk depan Ibu, bagi phone kat Ibu , nak ibu baca sendiri la. And she cried. I saw that. And I cried too.
Terus cakap, alhamdulillah ibu, dapat. Cuma yelah, jauh la sikit. Dan Ibu terus suruh pergi bagitahu ayah. Riaksi ayah pulak, tak terjangka aku. Sebab ayah selalu okay ja. Tapi kalini, macam lain betul. Allah.
The rest boleh re read kat post recap. Cuma tu in English lah.
--
Aku banyak fikir, seperti mana ibu ayah, aku banyak fikir jugak. Fikir rumah la, jalan nak ke sekolah la, ada ke orang nak ambil dari Airport nanti , semualah.
Dan aku belajar satu benda masa ni, apa² pun yang kita nak, minta dulu dekat Allah. Ya Allah, tolong ya Allah, mudahkan aku. Aku banyak tak tahu ni. Dan satu-satu Allah bagi. Sebab yakin dengan ayat Allah, maka dengan kesulitan itu bersama kesenangan. Dalam aku berasa sulitnya semua benda tak selesai lagi, ada kesenangan yang Allah beri. Allah bagi insan² yang mendoakan aku, Allah bagi mereka yang sudi mendengar, Allah bagi solusi melalui mereka-mereka.
Ada, cuma kita ja nak nampak ke tak.
--
Bila dah decide fly 1 hb, kami semua ke KLIA. Untuk pertama kalinya, aku sendiri ke negeri orang tanpa ibu ayah. Sebelum ni, masa daftar belajar, ibu ayah ikut sekali. Tapi untuk kali ni, atas dasar aku risau dengan keadaan ibu ayah, sebab yelah, aku pergi sana memang tawakkal gila². Cukup sekadar yakin ada kawan yang aku baru kenal tak sampai seminggu, cuma hanya berkomunikasi melalui whatsapp saja, yang sudi nak datang jemput aku kat Airport. Wallahi, masa tu mmg tenang tak tahu la. Hahaha.
Dan betul la, ketika ini aku betul² meminta doa dari semua orang, agar segala urusan aku dipermudahkan, satu² semuanya baik². Takda isu apa pun. Dan yang paling terharu, bila hati ni tak rasa risau apa pun. Sebab sebelum ni, (yang tahu, tahulah,) aku jenis yang risau melampau tau. Tapi kalini, dia macam, ya Allah mudahkan.
--
Dan Allah temukan aku dengan insan ini, L.
Ya Allah, L baik sangat. Dia punya baik, buat aku teringat dekat PR. Ternyata, hikmah ditempatkan di sini, menemukan aku dengan L yang baik sangat orangnya. Semoga Allah gandakan pahala untuk L sekeluarga.
L la yang bantu dari segala hal. Aku rasa macam aku dah kenal lama dah dengan L ni. Kami punya ngam tu aku bersyukur sangat². Mungkin sebab kami ni anak kedua kot, kotlah 😂 tapi betul ya Allah, L baik sangat.
Semoga Allah sentiasa merahmati L dan keluarganya. Aminnn.
--
Elok touchdown dekat Sibu, L jemput dengan adik² dia. Semua baik, cantik . Hehe. L bawa juga pergi jumpa W kat rumah dia. Ya Allah, rindu PR semuanya. Lepastu tu, L bawa pegi makan dengan family dia. L dah gaya tour guide tau. Dia bawa pusing bandar Sibu. Dari pagi sampai ke malam. Aku penat, tapi aku suka lagi jalan-jalan dengan L. Sebab L orangnya senang diajak berbual. Terima kasih L.
Esoknya, 2 hb, L satu keluarga ikut pergi Matu. Matu tu kampung L, kira macam, sekali jalan dengan Daro. Sebab tanggal 3hb nak kena daftar diri kat PPD sana. Perjalanan ke Matu-Daro, memang tak boleh lupa la. Sebelum nak jumpa feri pertama, kita lalu 5 jambatan dulu. Jambatan macam jambatan penang tu, cuma dia pendek. Lepastu baru junpa feri yang pertama. Feri ni kita kena beratur dan bersabar. Sebab kalau feri full, kena tunggu feri seterusnya. Jadi, sabar tu kata kunci dia.
Lepastu jalan lagi guna jalan darat, sampai jumpa feri kedua. Feri kedua ni best sikit. Sebab kita boleh turun dari feri, naik kat bahagian atas tu. Sejukkk. Angin dia. Lama sikit feri ni banding feri kedua. Best². Alhamdulillah. Lepastu gerak terus ke Matu. Alhamdulillah sampai ja di kampung L, keluarga dia buat majlis tahlil dengan doa selamat weii. Khususnya untuk kami² yang direzekikan dapat mengajar dan untuk keluarga L jugak. Wallahi, aku terharu sangat, bersyukur sangat dengan aturan Allah ni. Cantik semuanya. Jumpa pulak dengan A, kawan baik L. Kira macam kawan dari kecil sampai ke sama-sama jadi pengajar. Hebat betul mereka dua ni. Rezeki dapat kenal rakan baru. Alhamdulillah.
--
Esoknya pula, 3hb, kami 3 orang, aku L dengan A gerak pergi PPD sama-sama. Semestinya L yang drive. Dan Alhamdulillah segala urusan di sana Allah mudahkan satu-satu. Memandangkan keadaan air awal tahun ni lain sikit jadual dia, jadi kalau aku nak pergi terus sekolah petang tu, memang tak sempat, jadi lepas dah bincang-bincang dengan GB, maka aku putuskan untuk gerak ke sekolah pada esoknya saja.
Jadi L ajak pergi sekolah dia terus. Sebab nak urus apa yang perlu, macam borang² lantikan la semualahhh. Dan nak jadi rezeki, PT sekolah L pelawa nak tolong siapkan borang aku juga. Kira nanti senang kalau aku dah masuk pulau, takda susah² dah. Dan Wallahi, memang semualah Allah mudah. Satu². Dalam rasa payahnya, ada mudahnya.
Malam tu, L ajak makan luar. Masih dalam kampung L tempatnya, sebelah rumah A ja 😂 kami makan, kami sembang macam kawan lama yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah.
-
Dan harini, pagi tadi L bawa jalan² sekitar kampung dia. Weiii, kampung dia besar gila 😂 Dan rumah-rumahnya seperti yang aku idam²kan tauuuu. Ya Allah 😂 dia macam we both think alike gitu. Ada ja benda yang click sekali. Alhamdulillah. Bayang laa, baru jumpa 4 hari lalu, tapi dia punya sembang macam dah kawan lebih 5 tahun.
L bawa pegi makan kedai fav dia. Makan dengan minuman dia Wallahi sedap. L memang good taster. Hahaha. Trusted 😂 tak macam aku, semua benda asal boleh telan considered sedap. Hahaha.
Sesuai dengan perancangan GB, kena ada kat Kampung Sedi jam 3 petang. Sebab masa tu elok air baru nak ada. Jadi boat tu boleh lalu. Hebatnya kuasa Allah , semua lancar.
L dengan pakngah dia, ngan atuk dia sudi menghantar ke Kampung Sedi dan kat situlah perpisahan kami yang sebenarnya. Tapi kelak akan jumpa jugak nanti. In sha Allah.
Naik ja bot, memang tawakkal kat Allah sesungguhnya. Mujur kecil² dulu ibu ayah rajin bawa berjalan, takdalah terkejut nak naik bot pun. Allah. Cuma tulah, kena take note sesiap, kena pin tudung elok², nanti beralun lain macam tudung pun. Jenuh memegang. 😂
Dan akhirnya, sampai di pulau.
-
Tapi tak habis lagi, lepas sampai di jeti, GB dah tunggu siap dengan motor. Ohya, di pulau, kenderaan yang paling utama digunakan adalah motosikal. Kereta macam ada satu ke dua ja. Tak pasti. Kiranya, nak sampai ke sekolah, kena nak motor dalam 3km macam tu. Barulah sampai ke Kampung Paloh.
Alhamdulillah ada rumah sewa. Ada rakan guru, yang menyewa seorang, jadi boleh ikut menyewa sekali dengannya. Alhamdulillah.
Dekat ja rumah dengan sekolah, boleh jalan kaki.😂 boleh la nak bersenam 😆 Alhamdulillah. Setakat ini, alhamdulillah ya Allah, semua baik-baik. In sha Allah esok kita pergi sekolah, kemas apa yang patut, lepastu kita jalan² pusing pulau. Ada pantai juga ya Allah. Semua baik² ya Allah.
Semoga hati ini kekal utuh untukMu. Semoga juga sahabat-sahabat saya yang lain, Allah mudahkan juga. Semoga semuanya baik-baik. Dan semoga hati ini juga akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Walau apapun perkara. Walau apapun ia.
--
Ya Allah, aku rasa inilah penulisan aku yang paling panjang kot ? Semoga kalian yang membaca, turut diberi kesabaran deh 😆
Tapi biasa, sebab label post ni 'cerita' kan, jadi ikut format cerita la.
Apa-apa pun, semoga Allah turut merahmati kalian semua.
---
Doakan saya ya,
Fin

Masya Allah tabarakallah. May Allah ease everything jugak utk jalan² yg di harapanmu sisturr.
ReplyDeleteIn sha Allah. Jazakallah khaiiiirr untuk doakan. 🤍🤲🏻
DeleteAlhamdulillah.. Sronok dengaqq wehh.. Moga Allah sentiasa jaga kamu.. Allah berkat setiap langkah kaki kamu.. Allah pandu sebenar benarnya.. Aamiin.. Allah yuftah alaiki habibti.. Jazakillahukhair.. You give me something.. Thank you🌻
ReplyDeleteYang baik-baik hendakNya. Amin², kuat semangat yaaa 🤍🤲🏻
Delete