Kepagian

Yang menghibakan. 

-- 
Kisah ini, khususnya untuk aku sentiasa ingat akan janji-janji Allah. 'Dan apabila mereka bertanyakan tentang aku, katakan bahawa Aku dekat'. 


Setiap kali, untuk tempoh 5 tahun, sebelum masuk ke pintu masuk, kami akan bergambar dan bersalam antara satu sama lain. Dan tidak sekalipun aku menangis. Sebab aku tahu, kepergian aku tidaklah lama. Mungkin sebulan dua. Atau mungkin sebab ada sahabat yang aku akan jumpa apabila pulang ke kampus. Mungkin. 

Tapi untuk kali ini. 
Hati ini terasa sesak dan sempit. KLIA sendiri terasa padat. Sedang masih lagi awal pagi. Orang juga tidaklah ramai. Tapi itu juga yang aku rasa. Berat sekali hendak pergi. Berat ya Allah. 

Maka sepanjang perjalanan, aku cuba untuk tenangkan hati. Allah ada dengan mereka. Malah jauh lebih dekat. Biar Allah yang menjaga mereka. 

Kegusaran aku ketika itu bukan pada apa yang akan aku hadap, tapi lebih kepada apa Ibu Ayah akan baik-baik saja sekiranya aku pergi sendiri ?

Jujur, untuk pertama kali, ketika mana aku maklumkan tentang keputusan itu kepada Ibu dan Ayah, jelas air muka Ibu Ayah sepertinya berat sekali. Entah, mungkin aku saja yang bersangka. Tapi sungguh, pelukan Ibu Ayah terasa hangat ya. 

Dan sungguh juga, untuk kali ini, Allah sepertinya ingin aku sedar dan ingat, hanya Dia sebaik-baik tempat memohon pertolongan. Untuk apa pun keadaan. Dan sungguh, hasbunallah wanikmal wakil. Allah sebaik-baiknya. 

Dan atas keyakinan itu juga, aku mohon kepada Allah, semoga mereka yang aku kasih dijaga sebaiknya. Dan semoga juga hati mereka dalam keadaan yang dijaga. 

Segigihnya aku berusaha untuk kekal tunjukkan kepada mereka bahawa anak mereka ini sudah besar dan mampu untuk bergerak sendiri. Biar kelak mereka lepaskan kepergian aku dengan hati yang tenang dan lapang. Jangan ditinggalkan kegusaran walau sedikit pun. Semoga semuanya baik-baik saja. 

Pinta aku, 
Tinggal doakan saja agar perjalanan ini tetap dalam redha mereka. Kerana sesungguhnya redha Allah  letaknya pada keredhaan Ibu Ayah. 

Begitulah kepagian awal tahun, 2022. 

Semoga hangatnya doa itu, akan kekal sehingga akhirnya. 

Ya Allah, Ibu Ayah adalah yang terbaik untuk aku. 
Terima kasih ya Allah. 

Fin. 🤍

Comments

Post a Comment

Popular Posts