Warkah dari Cik N

Pada awalnya, dia siap berpesan untuk tidak sebarkan dimana-mana. Malu katanya. Tapi, mana mungkin aku mendengar, haha, sedang tintanya kali ini tersangatlah cantik susunan ayat dan madah. 


---

Jujurnya untuk hari penting hari ini aku sedikit ralat. Kerana seringkali kalau hari ini tiba aku sudah siap dengan rencana dua minggu atau seminggu awal. satu persatu kedai buku atas talian akan ku singgah. buku menjadi pilihanku atas sebab gelaran ulat buku yang ada padanya. tanya saja pada yang gemar membaca, buku saja sudah cukup mewah sebagai hadiah. tapi pastikan bukan buku yang mereka sudah punya. ini yang menjadi punca masalahku. mencari buku yang belum dia punya itu sukar.  bayangkan saja waktu berangkat pulang tahun akhir di kampus. dia perlukan 3 ke 4 kotak hanya untuk buku. belum kira lagi  parcel  buku yang baru sampai di rumah. oleh sebab bingung pilih buku. aku bercadang balas saja warkah yang ditulisnya  sewaktu ulang tahunku. waktu yang sangat panjang aku ambil untuk menulis ini membuat aku sedar aku lebih senang menyatakan sesuatu melalui perbuatan berbanding  perkataan. bukan bermaksud melalui perkataan tidak bermakna. tidak . cuma aku yang kurang mahir. menulis untuk diri sendiri itu aku bisa. menulis untuk orang lain itu. bagi aku sedikit ajaib terutama sekarang ini . Jadinya cukupla sekadar puisi aku nukilkan.


Buat kamu

Yang tahu kalau diam, marah, tangis dan tawa ku puncanya dari apa. 

Yang sentiasa punya ingatan 

lewat status, tanya khabar tapi kadang aku abaikan.

Yang sering kesal kerana keras kepalaku

tapi tetap dipilih jadi teman berjalan.

Yang kerap ajak gaduhan 

tapi punya pengertian paling dalam.

Yang sering mengutamakan aku untuk buat  pilihan, walaupun tahu akan  dijawab  mana- mana saja. 

Yang sudah melihat segala perangai jelek ku tapi tetap memilih untuk bertahan 


Hanya tuhan yang mampu balas .

Sungguh terima kasih pada tuhan yang beri kesempatan untuk mengenal diri mu 

Salah satu anugerah terbesar hidupku

Selamat ulang tahun fatin. Moga tuhan sentiasa memelukmu dengan rahmat dan rahmanNya. 


Harapanku sederahana 

moga kelak kita punya kesempatan lagi menyaksikan matahari terbit dari jendela yang sama. 

berboncengan mengelilingi kota. 

menikmati indahnya langit senja.

saling kirim doa .

sampai jumpa <3


--

sayang Cik N sampai syurga Nya. 

sampai jumpa. 


Comments

Popular Posts