23.
Duapuluhtiga.
Diusia ini, satu perkara yang aku belajar. Bila mana dalam satu hari dalam setahun, kita menerima ucapan dan doa yang baik-baik dari mereka sekeliling. Dan sungguh, perasaan itu sepertinya sangat menenangkan.
Diusia ini, aku mula sedar, begitu banyak dalam kelompok aku mereka yang kasih dan sayang kepada aku. Menerima doa dan ucapan daripada mereka sesungguhnya buat aku terharu.
Kalau sebelum ini, aku sangat risau mereka tahu akan tarikh ulang tahun aku. Aku risau kerana, aku takut kelak pada tanggal ulang tahun mereka, aku akan lupa sedang untuk aku mengingati tarikh dan nombor sebegitu sukar sekali.
Tapi, diusia ini, malah aku jadi terharu. Ternyata, harini ini adalah hari dimana ibu dan ayah saling berperang menantikan kelahiran aku. Hari ini bukan sekadar lahirnya aku, tapi bukti kepada kekuatan semangat ibu dan ayah dalam menantikan lahirnya puteri mereka ini.
Ibu dan Ayah terlalu baik ya Allah, juga makcik dan pakcikku, juga adik beradik ku, juga sahabat-sahabatku. Mereka semua insan yang jauh lebih baik dari aku. Terima kasih ya Allah, kerana temukan aku dengan mereka yang baik-baik.
-
Jadi, daripada aku khawatir akan orang mengetahui tarikh lahir aku, biarlah untuk harini ini saja, hari dimana orang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Dan semoga juga segala doa dan ucapan yang mereka berikan, turut Allah balikkan kepada mereka. Ya, mereka orang yang baik-baik.
Biar saja harini ini menjadi tanda bahawa aku lahir sebagai anak ibu dan ayah di dunia ini. Yang mempunyai tanggungjawab dan peranan. Semoga di hari yang baik ini, aku menjadi yang lebih baik dari tahun sebelum ini.
Kelak juga bab baru dalam hidup aku akan mula nanti, semoga diri ini akan menjadi lebih matang dalam menghadapi hidup ini. Semoga semuanya akan menjadi baik-baik saja.
---
Sudah 23 tahun hidup.
Soalan : Adakah segala yang kau rancangkan dalam perancangan mu?
Ya.
Menurut aku, begitulah. Tidak terlalu lambat, tidak jugak terlalu awal. Bagi aku, apa yang aku capai dalam usia 23 tahun, sesuai dengan apa yang aku rancangkan sewaktu di sekolah menengah. Cuma mungkin hal berkaitan dengan pasangan hidup masih lagi kosong tidak bertulis.
Tentang itu, biarlah dahulu. Setidaknya, masih banyak hal yang perlu dilakukan. Masih banyak. Dan hal berkaitan itu tidak sedikit pun menjejaskan apa-apa.
Harapan,
Semoga diri ini ditempatkan ke kawasan yang sebaiknya. Dikelilingi mereka yang baik-baik. Semoga juga kuat dan tabah sentiasa menghadapi mehnah dan tribulasi hidup.
Dan mampu menjadi pendidik yang mendidik anak-anak.
--
Dari diri yang sudah berusia duapuluhtiga tahun.

Comments
Post a Comment