Virtual Run ft fyp
Bismillah
---------------------------------------------------------------------------------
Sesiapalah, yang kenal dengan diri ini, mesti akan tahu betapa tak gemarnya seorang Naina untuk berlari. Tapi kalau disuruh lari pusing padang dengan kayu hoki, itu tak suruh pun sungguh-sungguh buat.
Tapi untuk kali ini, aku buat keputusan untuk masuk acara larian 15km sempena pertandingan larian maya yang dianjurkan oleh institut. Pada awalnya, tak berniat langsung pun nak sertai, tapi bila kawan ajak, dan bila fikirkan sijil tu, rasa macam nak la jugak. Sebab tahu ja banyak mana sangatlah sijil yang aku kumpul selama ni.
Tapi, itu bukan fokus penulisan kali ini.
Bulan Mac ni, bulan yang agak sibuk jugaklah untuk kami yang semester akhir ni. Sibuk dengan pembentangan vaiva, siapkan laporan penulisan kajian yada yada yada. Tapi betul la, ada orang, mungkin rasakan yang tekanan adalah sesuatu yang negatif, tapi ada ketika, tekanan yang ada adalah perkara yang baik. Sebab dari tekanan itulah kita boleh bergerak ke hadapan. Kalau tiada tekanan, kita akan tetap berada pada zon selesa kita sahaja.
Jadi, berbalik kepada topik hari ini, larian maya. untuk orang yang tak gemar lari, tapi pada akhirnya dia berjaya jugak selesaikan 15km dalam masa lima hari.
I wonder, on what reason that she used to bring herself to run everyday.
Sedangkan sebelum ni, nak lari 1km sehari pun taknak, inikan pula boleh lari 4km sehari.
Sejujurnya, larian itu adalah untuk dijadikan sebagai pemangkin diri sendiri ja sebenarnya. Bila mana dah nak dekat akhir-akhir bulan ni, dah nak hampir sangat dah final lap, untuk siapkan kajian ni, rasa nak habis tu macam dah tak valid sangat dah. Sebab mungkin dah burn out lebih awal dari yang dijangka. Jadi, sebab itu aku pilih untuk berlari. Buat perkara yang aku paling tak gemar. Untuk paksa diri jugak, yang pada hakikatnya, boleh ja lari 15km untuk 5 hari. Boleh ja sebenarnya nak lari 4km sehari. Boleh ja. Tapi itulah, kehendak tu tak ada. Tekanan itu tiada.
Tapi,
Bilamana nak cukupkan juga lari bagi cukup 4 km dan habis haritu jugak, rasa semangat tu lain macam. Walau macam mana tak suka pun kita atas sesuatu tu, tapi bilamana kita kena jugak hadap sebab kita dah mula, kita akan tetap gigih jugak nak habiskan. Nak siapkan. Dan perasaaan bila dah habis tu, Allah ja yang tahu. Betul la, rasa macam bahu ringan. Rasa macam beban yang selama ini menghempap bahu, kembali terangkat. Ringan bagai angin.
Mungkin, ini yang aku perlukan. Rasa tenang dan puas bilamana kita akhirnya berjaya hadapi apa yang kita perlu hadap untuk kekal melangkah kehadapan. Dalam hidup ni, akan ada masa kita perlu hadap perkara yang tidak kita mahu. Tapi perkara tersebut adalah perkara yang kita perlu.
Dan, pada akhirnya, bila dah lengkapkan larian tu, rasa yakin dengan diri yang, semua perkara yang aku buat, akan berlalu juga pada akhirnya.
kan ?

Comments
Post a Comment