Khas untuk Cik N
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
-
Teruntuk kamu yang ada tempat khas dihati ini. Jujurlah cakap, penulisan kali ini akan menjadi lebih personal sifatnya kerana ia adalah penulisan dari hati untuk dirimu.
Pertemuan pertama di bumi dibawah bayu, lebih spesifik semasa Minggu Pengurusan Pelajar bagi kemasukaan baru ambilan Jun 2016. Dari awal aku nampak seorang gadis bertubuh kecil, cantik pun ya jugak. Aku ingatkan dia juga dari semenanjung tapi rupanya bukan. Tutur kata dia sopan sangat. Tapi, tegas dia boleh buat semua orang diam.
Tak banyak cakap orangnya, tapi bila dah bercakap, semua yang keluar berisi. Boleh buat orang tutup mulut terus. dia kecil, tapi cili padi. Pandai masak, ilmu pengetahuan pun bergunung. Seronok kalau bercerita dengan dia. Kreatif pun ya jugak. Dia boleh buat poster yang cantik gila-gila lah. Slide takpenah tak cantik. Ringkas pun ya, senang orang faham. Memang tiptop la kerja dia.
Rezeki Allah, dia satu kelas dengan aku. Jadi, untuk tempoh 5 tahun, dialah manusia yang selalu aku akan jumpa. Alhamdulilah. Memang muka dialah yang aku akan selalu cari kalau nak grouping. Nak bentang pun cari dia jugak. Kalau boleh, semualah nak dengan dia. Bila tahu dia pandai IT, lagilah aku rasa kagum gila-gila. Semua benda pandailah. Oh, satu ja, dia takda lesen lagi hahahahahhaha. (ini kalau dia baca, sah dia gelak) bukan tak ada, cuma tulah, bertangguh dari sem 1 sampai habis belajar dah ni, masih lagi tak gerak-gerak. Tapi dia cakap, dia boleh dah ronda-ronda kampung dengan kereta. hahaha.
Rezeki Allah tetapkan bilik kami sebelah-sebelah. Maka selalulah aku melepak bilik dia. Selalu kacau dia. Selalulah ada dalam masa-masa dia. Dan selalu jugak bergaduh perang dingin beku dengan dia. Kadang-kadang tu, aku ni banyak sangat buat dia hilang sabar, yelah jenis aku yang suka mendesak la, susah nak paham orang lain, takpandai itu ini. Tapi kesabaran yang Allah kurnia dekat dia ni, bukan alang-alang.
Rezeki lagi Allah bagi, kami boleh tinggal sebilik. tiga tahun. Bermula semester lima. Bila kami sama-sama dapat sekolah praktikum sekali. Bila sebilik ni, lain tau. Banyak benda sebenarnya yang clash. Dia yang pengemas, aku yang pemalas, tapi tulah, sekali pun dia takpernah nak merungut kata aku ni pemalas ya rabbi. Sabar dia, tahan dia dengan aku ni, memang luar biasa antik tau.
Bergaduh tu selalu. Dan punca yang paling utama bila kami dua gaduh adalah bila tanya "nak makan mana?" benda yang paling rumit la sebenarnya kalau nak jawab tu. Tak tahu nak makan apa, nak makan kat mana, tapi lapar. Dah la aku jenis overthink melampau, kesian tau dia nak handle aku ni. Tapi tulah, dia boleh ja. Sebab dia satu dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ni. Tak ada yang lain dah.
--
Aku jenis yang lepak ja naik motor dan dia boleh ja ikut aku sekali naik. Katanya, kalau kat rumah dia, memang tak la Ummi dia nak bagi dia menunggang motor. Tapi tulah, bila kat kampus kan, mana nak cari kenderaan sendiri. Harapkan pinjam motor orang la. Lagipun, senang lagi naik motor dari kereta. Nak hadap jem tu yang paling malas sekali. Panas-panas pun dia redah ja. Tak kisah dan aku seronok dia ada di belakang.
Pantai Sabandar adalah tempat yang paling kerap kami singgah. Dapat makan sanggar sambil duduk atas pasir renung ombak pantai pun dah best dah. Tak buat apa-apa tapi tengok laut pun dah seronok dah. Makan ABC pun. Dia suka makan ABC. Takpun keropok lekor. Dia suka makan.
Jenis tak kisah, selalu jawab mana-mana ja. Aku dah la mudah irritated tau bila jawapan tak jelas macam tu. Dan mulalah kami bertekak macam apa lagi. Padahal isu dia nak makan mana je pun. Tapi tulah, aku kan jenis over macam tu. Kesian dia tau nak kena hadap mood swing aku ni haih.
Dia selalu sangat buat aku terharu. Kalau cerita dekat orang, benda tu mungkin biasa, tapi bagi aku, benda tu kurniaan sangat-sangat. Ingat lagi bila masa tu aku flight sampai malam kat asrama, sekali bila balik bilik , dia dah siap pasangkan cadar katil, basuhkan tuala aku lah, semualah siap. Tinggal nak tido je lagi tau. Rasa nak menangis masa tu jugak. Tapi tulah, bila aku over sikit, dikatanya aku mengada. haha. tapi memang aku mengada-ngada pun. Suka menyakat dia. Dan, terima kasih tau, sebab sudi pinjamkan bahu dan telinga bila aku mood swing. Tepukan kat belakang aku tu menenangkan.
Selalu sangat buat benda luar alam. Kadang tu sampai tak teragak la. Kami punya luar alam tu, suka last minute punya plan tau. Ingat lagi tak yang kita ride maghrib tu semata nak pergi talk FynnJamal kat UMS ? hahaha, memang luar alam betul. Dah la tahu tahu kat mana tempat dia, aci redah buat gaya macam UMS tu kecil ja. Ada lagi kita redah ja pergi Karamunsing dengan motor nak repair komputer riba kau macam apa lagi. Dah la dua-dua tak tahu jalan, guna Google Maps pun sesat gak. Banyak kali gak la kena hon dengan orang pun. Part keluar pergi beli kfc jam tiga pagi tu lagilah. Buat hal betul, nasib tau masa tu program kat IP lama, boleh la aci mintak izin kat pakcik pengawal nak keluar sebab lapar. hahaha. dan aku rindu hang gila-gila.
Dia ni betul-betul laaaa. Tak sangka kadang-kadang tu. Comel pun ya jugak. Semualah. can't really get tired when I saw her reaction.
Dan, masa menulis kalini pun, air mata boleh nak mengalir macam air hujan ni dah kenapa ya Allah.
Aku tak malu tau bila aku menangis kat airport haritu. Aku juga tak menyesal apa pun. Untuk selama masa yang kita ada, aku tahu yang aku dah memaksimakan semua masa yang ada. Aku rasa, aku dah tak take things for granted dah. Bersyukurnya aku pada Allah sebab dipertemukan dengan kau, hanya Allah dan aku ja tahu. Tapi tulah, sayang sangat dekat kau, haih.
---
Apa-apa pun, dengan izin Allah, kita akan berjumpa juga nanti.
Walaupun mungkin bukan dalam masa yang terdekat ni, tapi kita tetap akan berjumpa.
dan andai kata kalau tak jumpa di sini, di sana kelak kita pasti akan berjumpa juga.
Tolong cari aku ya ^^
----
she really is something.
O'Allah, please take care of her in dunya and akhirah.
-----
dia,
Adalah anugerah yang paling besar Allah kurniakan untuk aku.
Asbab yang paling besar juga untuk aku kekal utuh dibumi sana sehingga 5 tahun ini.
ya dia, Nadhirah binti Kadrasman.
terima kasih Nad. dan Sannah Helwah Nad.

Comments
Post a Comment