speak good or remain silent

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


untuk beberapa tahun yang telah berlalu, dari zaman sekolah rendah ke menengah dan sekarang zaman dimana aku sedang cuba untuk menghadapi realiti dunia dan hidup ini. sejujurnya, banyak giga benda yang aku belajar dan sedar bahawa aku masih lagi seperti anak kecil yang baru nak belajar berjalan. 

berkata baik atau diam. 
pada haikatnya, empat perkataan ini banyak mengajar aku untuk lebih hidup dan prihatin. dengan keadaan sekeliling yang sebelum ini, langsung-langsung aku tak endah. banyak yang hendak diperkatakan, tapi banyak lagi akibat daripada kata-kata itu. 

mungkin, aku sendiri dalam proses untuk mematangkan diri sendiri. untuk lebih mendengar daripada berkata-kata. sedang walaupun pada asasnya aku dulu seorang yang lantang berkata dan menentang. sumpahlah, kalau ingat balik zaman sekolah yang rebel nakmampus, rasa macam nak patah balik zaman tu nak ketuk kepala apesal la perangai degil keras kepala batu sangat ni. 😂

wallahi, kalau dulu jenis yang cakap tak pikir dulu, tapi sekarang lebih banyak pikir benda nak ucap dulu. pikir baik buruk ayat, pikir sebab akibat dari kata-kata tu. dan jujur, benda ni banyak ajar aku untuk lebih kenal erti sabar. bukan senang nak sabar dengan diri sendiri. hatta dengan orang lain pun dia punya usaha tu takleh nak banding. mungkin sebab tu kot aku kadang lebih senang buat kerja dengan mesin dari dengan manusia, lebih suka untuk menulis di blog dari meluah dekat manusia. bukan sebab aku takut, tapi lebih kepada mengawal diri untuk tidak menaruh harap dan menyakiti hati orang. 

lama juga tak menulis dan post di blog. bukan sebab tak ada yang hendak ditulis , tapi ia lebih kepada tak tahu nak susun letak ayat untuk menjadi sebuah cerita yang senang untuk faham. aku sungguhlah complicated gila. dengan diri sendiri pun dan juga dengan orang lain. 

aku cuma harapkan kepada Tuhan agar terus diberi ruang dan peluang untuk kekal menulis macam ni. cukup untuk buat aku rasa selamat dan untuk buat aku sedar yang Tuhan tak tinggal aku jauh. malah Dia ada dekat. Dia tetap bagi aku peluang untuk hidup dengan baik. dan semoga kita semua turut diberikan ketenangan dalam menghadap dunia ini. biar cabaran yang ada payah, tapi kita ada Tuhan yang kurnia jalan penyelesaianya.

Tuhan,
terima kasih untuk ketenangan hati yang Kau berikan ini. sungguh, aku bersyukur.
moga Allah redha.

Comments

Popular Posts