menulis ini kerja orang loner



//
the very big reason why i started back to write and write, is all about alone. honestly, I am good to be all alone by myself. doing my own stuff and care no other than myself.

it is like minding my own business. do not care about others and you just have to care about yourself. yes, it is like selfish, but still if that is the only way for you to save yourself, then, it is.

//

aku mula menulis sebab aku rasa untuk meluah, aku tak ada tempat yang aku rasa tetap. sebab tu bagusnya meluah pada Tuhan yang maha tahu segalanya.

menulis pula bilamana aku merasakan mungkin jika aku perlukan sokongan, tulisan ini mampu buat aku bangkit kembali. untuk aku, kata-kata boleh jadi sokongan yang padu untuk diri aku moga aku jika rebah, akan ada mangkin yang buat aku untuk bangun kembali.

//

mungkin itu juga bila orang cakap kerja menulis ini kerja untuk orang yang loner. loner sendiri yang hanya buat kerja dengan menulis tanpa ada interaksi dengan manusia yang lain. yang pada hematnya lebih baik untuk meluah pada tulisan, daripada manusia.

menulis yang hanya hendakkan meluah rasa hati yang kadang diri sendiri pun tidak memahami dan berharap agar akan ada insan yang mampu untuk faham. yang kadangnya membuatkan kita lupa bahawa dengan meletakkan tingkat harapan pada manusia itu hanya buat kecewa dan lupa bahawa ketika mana kita meletakkan harapan pada Tuhan, itulah yang sebaik-baiknya.

//

dan ya, aku sememangnya loner yang berjaya.

Comments

Popular Posts