sebab 2.0



asalamualaikum,
lama jugak tak tulis benda baru dalam blog ni. kira cam ni untuk julung kalinya lah bagi tahun 2018 ni ey ? haha , okey, first and foremost, pinuyer semua. selamat tahun baru .

untuk kali ni,
pemikiran yang aku cuba nak tulis adalah bilamana kita pikir yang semua benda dah sampai limit dia. 

contoh, bilamana kita dah cuba sehabis baik untuk sangka baik (husnuzon) dengan orang, dan sampai satu tahap, 'wey, aku dah tak mampu dah nak sangka baik dah dengan dia'

bila dah sampai tahap kita rasa macam tu, 
satu benda yang kita kena ingat dan tahu. 
bahawa SEMUA benda dalam hidup ini, bukan langsung langsung hak kita. bukan. walau secubis cuma. takkan pernah menjadi hak milik kita. hatta diri sendiri ini pun, bukan hak kita. 

bila kita terlalu marah dan tidak puas hati dengan 'why this things happen? ' 'why he/she be like that?'
dan semua nya, kita dah meletakkan diri kita untuk berasa memiliki.  sedang pada hakikatnya, kita tiada apa yang hak pun . 

sebab itu, penting bagi kita untuk kekal ingat , dalam apa pun yang kita buat, dalam apa pun hubungan yang kita cuba jalin, lillahi taala. (kerana Allah). buatlah apa adanya nawaitu keranaNya. sebab yakin dengan Allah sebagai asbab solid kita dalam semua benda, sedikit  pun kita takkan rasa kurang atau sakit. 

wallahi, untuk diri aku sendiri, aku mencuba dengan terlalu kuat, untuk kekalkan mereka supaya tetap berada disisi aku. aku nak mereka kekal ada, untuk mereka melayani aku seperti mana aku melayani mereka. aku inginkan balasan yang aku rasa aku layak. 

tapi, sumpah aku lupa, aku khilaf. dengan aku meletakkan sebegitu tinggi harapan dan impian, sedang ia jatuh menyembah bumi tanpa aku sempat sambut. dan kesannya sakit itu , luluh itu, aku rasakan ia perit amat. 

sampailah aku sedar, bahwa , tiada apa dalam dunia ini hak aku. 
dengan peletakan harapan dan sandaran pada mereka, aku lupa.  
Tuhan, terima kasih atas ingatan, terima kasih jugak atas ujian. 

moga kita Allah redha sentiasa. 

Comments

Popular Posts