Nyawa

 بسم الله الرحمن الرحيم

Penulisan kali ini adalah lebih kepada penceritaan kisah yang takkan dilupa hingga ke akhir hayat. 

---

Pemeriksaan aku untuk terakhir kali terasa agak nyaman berbanding sebelum ini. Jumpa doktor untuk yang terakhir kali sebelum 'berjuang' di kemudian hari. Sehingga ke saat akhir, tiada langsung tanda. Kata doktor, jika masih belum ada 'tanda' kelak pada tarikh sekian perlu check in sendiri di hospital. 

'Hai la, mungkin masih aman dia di dalam ini. Mungkin itu.'

Sepulangan dari klinik, terus ke dapur nak sediakan juadah berbuka semampu aku. Sebab biasanya Im [baca: suami saya] yang akan sediakan. Bahkan dia lagi cekap di dapur berbanding aku sendiri. Kitanya cuma membantu sekiranya diperlukan sahaja. 

Kebetulan Im masih belum pulang dari kerja. Aku berdebar menunggu pulangnya dia sambil berfikir ayat macam mana nak cakap ya dengan Im tentang apa yang dikata doktor. Beberapa minit kemudian, Im pulang dan langsung bertanya apa kata doktor. Aku jelaskan seadanya kepadanya dan dia pun sepertinya sudah menjangka menerusi riak wajah yang ditonjolkan olehnya. 

Tiba pada hari kejadian, kami bergerak untuk ke hospital berikutan masih belum ada 'tanda'. Perasaan pada ketika itu boleh kata agak bercampur baur sebab kitanya taktahu apa yang akan kita hadap. Dan Im juga begitu, tapi boleh kata, dia lagi tenang berbanding aku yang gelisah seperti apa lagi. Tapi betul la, mungkin juga dia tak tunjuk cuaknya depan aku sebab taknak aku bertambah gelisah kali ?

---

''Datang ni untuk apa ya?" kata pengawal di bahagian dewan ini. Lalu aku serahkan buku yang aku genggam ini kepadanya dan diminta untuk terus masuk dan daftar. Im pergi parking kereta dulu, cuma aku sendirian dulu masuk untuk diperiksa. 

"Dah ada bukaan." kata doktor yang memeriksa aku. Aku diterangkan satu persatu pilihan yang aku ada. Segala risiko yang bakal terjadi, segala jenis kemungkinan yang ada dan pada semua penerangan itu yang aku harapkan cuma satu, kehadiran Im. Langsung aku telefon Im untuk masuk dan meminta izin doktor agar dapat terangkan kembali kepada Im sebab kitanya perlu dia untuk sama-sama buat keputusan. 

Im datang dan duduk sebelah aku dan mendengar penjelasan dan penerangan doktor dengan tekun. Padahal tangan menggenggam seperti nak ajak bergusti lengan lagi. Dia tahu dan aku tahu. Sama-sama sedang memberi semangat. 

Setelah berbincang berdua, kami pun telah capai kata sepakat. Aku didaftar masuk, diberi katil dan penerangan untuk sepanjang keberadaan aku di hospital ini. Macam check in hotel rasa. 

Aku bagi tahu Im yang barang boleh tinggalkan dekat guard depan, sebab bukan waktu melawat lagi, makanya dia tak boleh masuk dalam. Aku pun tunggu dia kat bahagian depan. Seeing him carrying my stuff quite sad actually. Feeling like I'm been sending to boarding school like old days. Haish. 

I told him, we got this ey ? and he nodded smiling. Just to tell me that everything gonna be just fine and alright. The way he comfort me like the whole world also telling me that all is well. 

"Kita dah sejauh ini kan, it is between do or die je ni. Kita boleh buat kan, ?" I asked him and as usual he will nod and said, "Aii, kita anak askar, mestilah boleh," laughing cheerly. as usual. 

---

Long short story, next day, after all the prosedur, I still remember, while waited for Isya', nurse came to me for regular check the heart beat. Around 30-40 minutes, the doctor came and said, we are doing it now. Get ready and you can call your husband once you been take to downstairs. 

Bila dah macam tu, laju je call Im bagi tahu yang "Saya dah nak masuk LR dah ni. You can come now." dan semua hal yang berlaku, selamat 4 jam lebih. We fight the battle and الحمد الله, we won. This battle, surely will be in our core memories for the rest of our life. 

Early in the morning, while the doctor came and check us up, "okay, tengah hari ni dah boleh balik," Masa doktor cakap dah boleh balik tu, sepantas kilat Whatsapp Im bagitahu. Kitanya happy sebab boleh balik rumah dah. Meaning that both of us was fine and nothing much to worry. الحمد الله 

---

Sebenarnya kisah ini hanya bahagian permukaan air sahaja. Biarlah yang lain menjadi kisah antara kami. Bila aku dan Im saling memandang, we both know we did it. The smile that only both of us know. Dia macam untold story tapi at the same time we know that we already did our best for this battle. 

بسم الله الرحمن الرحيم , dengan ini, selamat datang anugerah ibu dan abah, NI. Terima kasih sayang. 

Comments

Popular Posts