I allowed myself to be a kids.
Untuk kali ini saja. Aku ingin meluah.
Dari zaman baca buku Hlovate lagi, sampai sekarang, that qoute "wrong is wrong even every one is doing that and right is right even you are the only one who do that". Until now, that phase become one of my principles. I can't just unsee something that obviously wrong and accept that as the right one. I can't just do that.
---
I am an old school person. I do things according to my principles. If that things seem wrong in my eyes, I would felt very uncomfortable on that.
Aku tak pernah berada dalam situasi perhubungan antara lelaki dengan perempuan secara rasmi. Long before this, aku hanya berkawan. Jadi secara umumnya, aku tak ada langsung pengalaman berkenaan dengan perhubungan.
Dan aku juga tak rasakan acuan yang dunia sedang tunjuk berkenaan dengan cara-cara relationship diaplikasikan adalah yang sebaiknya. There's wrong in that.
Macam, bagi aku, andaikan dua orang individu ini sudah bercadang untuk berkahwin, tak bermakna dia boleh buat apa saja. Sebab walaupun semua orang buat benda tu, tak makna benda tu betul. Dan walaupun kau sorang je yang buat benda tu, tak makna kau salah.
Dan sejujurnya topik ini terasa sangat berat untuk dibincangkan. Kerana aku tahu betapa diri ini terlalu rumit untuk ditafsirkan. aku sentiasa meluahkan rasa ketidakselesaan ini kepada Ibu. Tapi aku tahu, tidak banyak yang boleh Ibu berikan nasihat kepada aku kerana perbezaan masa dan zaman yang terlalu jauh jurangnya. Zaman Ibu, tidak sama dengan zaman aku yang sekarang. Kebimbangan aku tidak seperti itu pada zaman Ibu. Jadi, sekadar itu saja.
Dan dengan banyakknya aku meluah rasa, Ibu makin mengerti dengan keadaan aku. Tidaklah aku boleh katakan ibu memahami aku seutuhnya kerana beliau masih lagi akan katakan bahawa aku ini anaknya yang boleh dikatakan aneh-aneh saja. Tapi, Ibu tetap Ibu. Walau sesulit apapun perkara itu, tetap saja dia faham atau mungkin, dia biarkan saja. haha
Melihatkan kepada adik-adik aku yang tidak menjadi seperti aku, aku kadangnya risau. Bukan kerana mereka tapi risaukan apa yang bakal mereka hadapi tapi, kita hanya boleh kawal apa yang kita boleh kawal bukan ? Hidup mereka, semestinya bukan dalam kawalan aku. Cukuplah aku masih boleh menasihati mereka agar tidak mengulang perkara-perkara buruk yang pernah aku lakukan dulu. Sungguh, aku malu untuk menjadi kakak mereka kerana terlalu banyak lompong dari elok.
--
Mereka sudah cukup besar, tapi dari pandang mata aku, mereka tetap juga masih anak kecil yang perlu aku tatih dan bimbing. Aku bukannya ingin mereka dikawal serapinya. Aku hanya ingin mereka tidak menjadi seperti aku tapi benarnya, aku sudah usaha. Tinggal lagi mereka juga yang akan mencorak diri.
Tuhan akan jagakan mereka pastinya. Tinggal yakin saja.
--
fin.

Comments
Post a Comment