Kembali pulang
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Tarikh untuk pulang kembali ke realiti hidup yang sebenar telah dipilih dan ditetapkan. Dan untuk itu juga, hati kembali berasa rawan dengan keadaan yang pastinya akan berubah kembali normal. Selama tujuh bulan lebih dan kurang, hidup dengan insan yang tersayang, berjumpa dengan kesayangan, mencipta dengan lebih banyak memori dan pastinya hati ini akan turut merasakan kehilangan yang selama ini laksanakan, kembali ke tempat yang sewajarnya.
Tanggal 19 haribulan ogos, Y dah selamat bergerak pulang ke realitinya [baca: kampusnya]. Dan kami yang tinggal, berusaha untuk kekal hidup dalam masa-masa yang semakin hari semakin menipis. Dan untuk itu, segala kenangan yang ada sepanjang bulan-bulan yang telah berlalu, kembali mengusik minda dan hati. Rindu. Ya, kami rindu biar mereka masih ada dihadapan kami. Perasaan itu hadir biar sedang bercanda-canda. Pada ketika itu.
Selepas Y, mungkin akan ada lagi perpisahan yang akan berlaku. Dan kita semua tahu, bahawa masanya sudah semakin hampir. Semua orang juga sedar akan tanggungjawab yang masing-masing pegang sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab yang satu itu. Masih ada lagi perjuangan yang tersisa, yang perlu ditamatkan dengan segulung ijazah yang menjadi impian dan harapan semua pihak. Malahan, menjadi angan-angan sejak di bangku sekolah lagi.
Tapi ya Tuhan, tidak pernah terjangka bahawa ia akan menjadi sesulit ini. Tetapi, apa yang hendak diharapkan, sudah menjadi hukum alam, semakin jauh dan tinggi pelajarannya, semakin tinggi juga tahap pendidikannya. Normal kehidupan kan ?
Namun yang pasti, setiap pertemuan, pasti akan berakhir dengan perpisahan. Dan kita bukan berpisah untuk selamanya, kita berpisah cuma sebentar, hanya untuk memberi laluan kepada peranan dan tanggungjawab kita yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Kita juga masih punya doa. Doa yang dimana-mana pun masih boleh dilaksanakan. Kita masih punya itu.
Maka saling berdoalah, kerana doa itu juga mendekatkan.
--
Kami sudah berusia 20-an, tetapi pemikiran yang kami ada masing-masing melebihi mereka yang berusia 30-an dan mungkin kerana itu kami lebih mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain kerana mempunyai tahap pemikiran yang lebih kurang serupa.
Biarpun begitu, tetap masih ada banyak perkara yang perlu kami pelajari. Khususnya tentang kawalan hati dan perasaan. Dalam peningkatan usia ini, perkara yang aku sedar adalah tentang pengawalan hati yang memerlukan kepada lebih banyak tenaga mental untuk digunakan. Bercakap tentang mengikhlaskan dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah, Tuhan yang Satu. Untuk semua hal yang berlaku dalam hidup.
--
Teringat satu situasi, aku memilih untuk menghantar Z ke sekolahnya. Dia perlu kembali bersekolah dan hari itu adalah hari Z kembali pulang ke sekolahnya. Dan aku memilih untuk menghantarnya pulang. Sebelum ini, aku lebih memilih untuk melihatnya pergi sambil dihantar oleh ibu dan ayah, tetapi kali ini, aku yang mahu menghantarnya.
Sumpah, sepanjang perjalanan penghantarannya ke sekolah, hati aku rawan. Terasa sangat-sangat ingin menangis. Risau untuk membiarkan dia di sekolahnya, risau sekiranya ada sesuatu berlaku kepadanya dan lain-lain lagi. Begitulah emosi seorang kakak yang hendak menghantar adiknya untuk kembali ke asramanya.
Sehinggalah aku terfikirkan sesuatu. Yang aku asalnya tahu, tetapi mungkin baru sekarang aku mengerti akannya.
Jika aku risau akan keadaan adikku di asrama, tiada yang menjaga, yakinlah bahawa Allah itu ada. Malah sentiasa ada. Malah lebih dekat dari diri aku sendiri. cukuplah Allah sebagai pelindung. cukup.
Dan ajaibnya, hati aku tenang. Setenangnya.
--
Untuk sahabat yang membaca, percayalah, bawa kita akan kembali bertemu juga kelak. Perpisahan ini hanya sementara dan kita pasti akan berjumpa kembali, dan jika bukan di dunia, di akhirat sana. Semoga segala usaha kita sentiasa diberkati Allah dan sentiasa dalam jagaanNya.
Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya.

Kerana Allah sebaik-baik Pelindung. Thanks buddy🦄
ReplyDeletesungguh la .
DeleteKerana Allah sebaik-baik Pelindung. Thanks buddy🦄
ReplyDelete