ESTD
Ada beza untuk individu yang pernah merasa semua kejahatan yang kita rasa jahat.
merokok, do drug and else. Semua yang boleh diletak dalam satu komuniti yang tidak baik lah senang cakap.
Beza jugak untuk mereka-mereka yang suci sejak lahir tak pernah sentuh benda-benda tu semua. Dalam kita yang takpernah sentuh dengan mereka yang dah pernah sentuh, rasa dia sangatlah lain senanya.
Sebab kita yang tak pernah rasa, kita lebih tahu yang buruk buruk. Tapi banding dengan mereka, Mereka merasa semuanya. Baik dan buruk. They actually lebih usaha dari kita. Sebab tu cakap, setiap anak Adam adalah mereka yang berdosa. Dan yang baik antara mereka adalah mereka yang bertaubat selepas berbuat dosa.
Sedang kita ?
mereka punya straggle nak jadi baik tu lagi la power namatey. Dan bila kita lihat mereka dalam keadaan yang kurang baik, kita terus nk label mereka. Just because kita nampak bad side dia ja. Tapi, semua good side dia kita buta untuk melihat.
Aku belajar harini yang, easier said than done tu memang la ayat yang luar biasa. Hanya yang tahu straggle nak berubah dan kekal untuk baik tu memang la payah abadi. Tambah dengan persekitaran yang langsung-langsung tak membina, memang la dugaan dia payah namatey.
Macam aku jugak senanya. Aku lebih nampak buruk orang dari buruk sendiri.
Aku ketagih nak tengok drama korea dan movie english bila aku sendiri dah penah vow nak stop tengok bila Ramadan dulu. Tapi, sebab persekitaran kita yang lagi ramai yang tonton banding yang tak, bila dah tak tahu nk cari hobi yang lain selain drama, masa tu vow aku pun dah hilang. Bukan persekitaran yang aku salahkan, tapi diri aku yang aku sendiri tak mampu nak kawal. Lemahnya aku sebab tak mampu nak kawal diri sendiri. Bila biar setan kuasai dengan jayanya. Bila putusnya janji yang aku dah buat dengan sekelip mata.
Aku jahil gila.
Sama jugak, bila aku sendiri tahu yang dosanya tengok drama tu, tapi aku tetap buat sebab aku rasa biasa la tu.
Sama jugak bila dia yang dah lama stop smoking, tapi bila duduk dekat mereka-mereka yang smoke, biasa la tu. depa pun buat. aku pun nak.
Aku ego nak mengaku salah aku.
Aku cipta alasan sendiri untuk sedapkan hati.
Aku yang kalah sebenarnya.
Kalah pada nafsu sendiri.
Dan untuk itu,
Aku nak berubah balik.
I should stop.

Comments
Post a Comment