Pernah diniatkan dalam hati, untuk pulang sekejap mungkin.
dan kali ini hajat dihati betul-betul menjadi. Perancangan yang tiba-tiba, hadir disebabkan diri ini memerlukan semangat baru untuk terus menapak dan hidup.
Keputusan yang dibuat kurang dari sehari, terus di telefon dan meminta izin dari kesayangan untuk pulang. dan akhirnya aku pulang. biarpun sekejapan.
Sungguhlah, yang aku perlu cuma hangatnya pelukan ibu dan ayah. yang mampu tenangkan hati yang penuh dengan gegak gempita taktahu punca. Aku yang hanya perlu ketenangan untuk kembali bernafas dengan sebaiknya. Nyatanya, aku tetap lelah ketika dilambung badai yang tidak disangka-sangka. Kekecewaan yang aku terima, khianat yang memeritkan malah buatkan aku hilang arah untuk berpaling kepada siapa kali ini.
Dan dengan itu, aku memilih untuk pulang ke pangkuan yang dikasih dan disayang. Yang aku tahu akan tetap ada biar buruk dan rapuhnya aku. Yang akan tetap sambut pelukan aku biar sekotor apa pun aku pada ketika itu, yang akan terima segalanya tanpa bersoal tanya apa yang jadi. Ya, disitu saja.
Dan aku sanggup habiskan banyak hanya untuk itu. Kata B, wang boleh dicari, tapi tenang itu sukar. Pulanglah kalau itu membuatkan aku jauh lebih baik dan tenang. Kita memang kerja untuk itu. haha.
N pun katakan hal yang lebih kurang sama. Betullah, kalau kita ada sahabat yang memang memahami, apa pun keputusan yang aku ambil, terus disokong tanpa bantah. Tanpa ada rasa ragu. Mereka nyatanya percaya dengan setiap keputusan yang aku ambil. Biar kadang ada ja tidak sekepala, tapi tetap saja menyokong asalkan aku bahagia dan itu cukup buatkan aku sangat bersyukur dikurniakan insan seperti mereka.
Sekejapan itu benar dan dalam waktu yang singkat masih mampu untuk kembali sihatkan hati yang terluka, pulihkan semangat yang menghilang, kembalikan rasa bahagia dan rasa syukur bahawa, aku masih ada mereka, yang kasih dan sayang tanpa syarat. Yang tetap setia walau apa pun yang jadi.
----
Terima kasih insan yang baik-baik. Yang sentiasa memeluk dengan penuh kasih dan sayang. Yang mencium dahi penuh rahmat, yang sedia makanan penyejuk jiwa dan hati.
Terima kasih yang sentiasa senyum dan ketawa. Yang sentiasa penuh dengan jenaka luar biasa. Yang tidak bertanya apa, malah cuma berikan kata-kata semangat, yang langsung tidak mengkritik saya.
Terima kasih yang sentiasa faham dan ada. untuk adik-adik ku yang selalu buat ketawa saya. yang sentiasa baik-baik saja. semuanyalah.
Terima kasih jiwa yang baik-baik.
190724-220724
0 Comments:
Post a Comment