Kecewa

Kadang, pengkhianatan boleh datang daripada orang yang paling hampir dengan kita. Dari orang yang tak pernah sangka akan menikam dari belakang dan menaburkan garam pada luka dihati. Orang yang kita harapkan untuk menjadi yang pertama mempertahankan kita, adalah orang yang rupanya menjadi yang paling awal menikam dari belakang dan akhirnya kita sendirian tersungkur dan dipijak-pijak. 

---

Dan begitulah kisah yang aku rasakan diusia sebegini. Masih ada manusia yang sebegitu hingga aku merasakan bahawa setiap kebaikan yang kita buat, akan pasti ada yang tidak senang dengannya. 

Tapi, bukan akulah kalau nak pukul rata semua orang begitu. Mungkin salah ku juga yang sangat dangkal dalam memilih orang untuk dijadikan kawan atau teman. Kita masih menganggap bahawa semua orang itu baik. Tetap bersangka baik dengan orang. Sangat kebudak-budakkan dan nyatanya kita masih belum berhadapan dengan yang namanya Dunia. 

---

Kecewa itu pasti kerana kita sudah terlanjur berharap dengan meletakkan percaya kepada orang. Lantas apabila rasa percaya dan harap itu dikhianati, yang tinggal hanya rasa kecewa yang dirasakan sangat pahit untuk ditelan. Aku fikir cukuplah di zaman sekolah menengah merasakan kekecewaan. Yang aku fikir sudah sedahsyatnya itu. Tapi, diusia yang boleh dikatakan tua ini, aku masih merasa. Mungkin salahku juga kerana aku tidak meletakkan tembok sehingga memberi ruang untuk mereka masuk dan merosakkan segalanya. 

Sampainya hati. 

Tapi percayalah, untuk diri aku yang sudah dikhianat begini, akan aku ingat sakitnya sehingga selesai. Akan aku maafkan sesuai dengan nasihat rakanku yang lain. 

Maaf tapi berjaga. 

Maaf tapi tetap beringat, 

Maaf bukan tanda lemah, tapi masih gagah untuk menghadap manusia yang hebat dalam bermuka-muka.

---

Kita hidup didunia ini tidak lama. Selama mana mereka seronok bercerita, biarkan mereka. Takkan mampu kita untuk mengawal apa yang hendak mereka bicarakan. Bukan dalam kawalan kita, dan bukan juga tanggungjawab kita untuk mengawal apa yang hendak mereka kata. Jujurnya, aku masih terkejut dengan kenyataan yang aku terima, tapi begitulah hidup. Selama mana juga aku akan tetap bernafas di bumi ini kerana pada akhirnya aku juga akan pergi tinggalkan dunia fana ini. 

Biarlah mereka terus dengan apa yang mereka lakukan. Jangan sudah memberi ruang dan peluang. Jangan pernah tunjuk kalah dan menyerah. Jangan tunjuk rasa gusar dan sedih. 

Sedih itu memang, kecewa itu tetap ada tapi tetaplah maju untuk terus berjuang. Tujuan hidup ini bukan untuk dipuaskan hati mereka. Aku masih ada banyak hal yang perlu aku buat dan uruskan hal mereka bukan dalam senarai. Jangan dibuang masa dengan fikirkan mereka, tidak layak untuk diberikan masa yang berharga.  

--

Begitulah kisah orang yang dikecewakan dan dihancurkan rasa percaya. Semoga juga yang membaca tidak dijumpakan dengan manusia sebegitu. Biarlah yang baik-baik saja. 

adios. 

Comments

Popular Posts