❝ untuk mara ke Syurga tidaklah semudah mengira satu dua tiga ❞

Cuaca
Saturday, 3 August 2024 @ August 03, 2024
Hi.



Cuaca sangat bersahabat dengan aku. Hari ini cuacanya sangat menyenangkan. Tapi ruang lingkup dalaman masih saja seperti badai rakus melanda. Sepertinya tiada penghujung untuk segala kerosakan dalaman ini. Bagai tiada yang akan memaksa untuk berhenti. 

Segalanya berjalan dan tiada satupun yang berniat untuk berhenti. Andai saja apa yang didalam ini seperti langit hari ini. Sangat mendamaikan dan menyenangkan. Tapi, cuaca juga kadang tidak terjangka. Biarpun sudah diramal akan cerah sepanjang hari, boleh jadi gerimis mengundang yang datang antara panas terik yang dirasakan akan berpanjangan.

Ada ketika, kita lebih memilih kepada sejuknya hujan dan suhu, ada ketika kita memilih untuk cerahnya langit matahari memancar dan semua itu juga bergantung kepada hendak yang kita perlu. Sepertinya agak pentingkan diri ya tapi itulah yang menjadi kepada keperluan sehari-hari. 

Dan untuk semua keadaan, kita akan pilih berdasarkan keadaan dan rasa. Yang disuka sahaja dipilih, malah kalau yang tidak disuka, tidak dipilih. Begitulah manusia yang sentiasa rasakan apa yang dipilih dan dirasa itu yang terbaik. Sedangkan kita langsung tidak tahu apa itu 'terbaik' dari sisi kaca mata Allah. Sedang Allah itu sendiri Al-Alim dalam segala hal. Mana mungkin apa yang tertulis boleh jadi yang tidak baik, sedang Allah juga Ar-Rahman dan Ar-Rahim? 

Maka dengan setiap ketetapan yang telah berlaku, berlapang dadalah dengan semuanya. Yakin bahawa setiapnya adalah yang baik-baik untuk kita. Mungkin untuk melatih sabar dalam kesabaran, melatih rasa ikhlas dalam mengikhlaskan, melatih rasa sentiasa berbaik sangka dengan Allah iaitu pemilik sekalian alam. 

Kita sebagai manusia perlu sedar dan tahu ada perkara yang bukan dalam kawalan kita. Untuk itu, jangan terlalu memikirkan perkara yang bukan dalam kawalan kita. Kita bukanlah manusia berkuasa luar biasa, kita ini manusia yang sentiasa tunduk dan bersujud kepada Tuhan yang Esa, yang sentiasa meminta dan memohon agar dikurniakan kekuatan jiwa dan kesabaran dalam hati agar gagah dah kuat untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi dalam usaha menjadikan diri lebih baik dari hari sebelumnya. 

So, cut yourself some slack. Don't push yourself too much because, He will never test you beyond your ability. [Al-Baqarah : 286 , Allah does not burden a soul beyond that it can bear.]

--

Jadi, sampai jumpa lagi, wahai orang-orang yang hebat. 


Facebook Twitter Google Email

0 Comments:

Post a Comment








Home Me Stuff eMail

bila rasa hidup ini horror , ingat Tuhan yang sebaik baik pencipta yang Maha Agung

LABEL
bakal dak dak SPM '15 dah habis belajar '21 dah kerja '22

Contact

Untuk semua yang ditulis, penuh dengan fakta dan auta.

saya dah tak main media sosial






made with love, Nena
this is credit